E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 314 Langkah ini dibuktikan dnegan kajian oleh Syed Abdul Aziz Hamid Edruce, Tamar Jaya Nizar, dan Farahwahida Mohd Yusof (2014) yang membuktikan hasil daripada soal selidik yang dijalankan oleh mereka terhadap 52 orang jemaah haji Tabung Haji Travel & Services dari pakej haji Nilam pada musim haji 1433H/2012M yang terpilih bahawa pendekatan visual membantu bimbingan ibadat haji dengan lebih berkesan dan memudahkan kefahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran sewaktu KAH. Malah, turut dinyatakan bahawa pengaplikasian studio haji maya (Virtual Hajj) dan simulasi haji dapat membantu meningkatkan pemahaman jemaah haji dan perisian 3D dapat membantu jemaah haji dalam pelaksanaan ibadat mereka di Tanah Suci. Selain itu juga, peralatan elektronik dan telefon pintar banyak membantu mereka sewaktu bimbingan ibadat haji. Justeru, pengapliasian aspek digitalisasi dan teknologi maklumat sebenarnya akan membawa Kesan positif kepada para peserta KAH seterusnya dapat meningkatkan kefahaman mereka terutamanya berkaitan manasik ibadah haji agar memperoleh haji yang mabrur. KEPERLUAN SEMASA DALAM PENDIGITALAN SEMASA KAH Bahagian Bimbingan, TH telah bergerak seiring dengan perkembagan teknologi. Laman sesawang e- bimbingan telah dibangunkan oleh Bahagian Bimbingan, TH yang membolehkan peserta mengikuti pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. Kuliah secara interaktif ini bagus kepada bakal jemaah kerana mereka boleh melayari di mana-mana sahaja dan perkara ini menjimatkan kos. Bakal jemaah haji yang sibuk juga berpeluang belajar tentang ibadat haji mengikut kelapangan masa mereka. Kuiz secara dalam talian yang terdapat dalam laman sesawang ini juga bermanfaat kerana bakal jemaah haji dapat menguji kefahaman mereka sebelum berlepas ke Tanah Suci. Jemaah haji juga boleh mengemukakan soalan berkaitan hukum-hakam haji dengan menggunakan platform e-TAIB semasa berada di Tanah Suci. Perkara ini satu inisiatif yang sangat baik kerana jemaah haji dapat menyoal Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) dengan mudah dan pantas. Jemaah juga tidak lagi malu untuk bersoal jawab terutama topik sensitif seperti darah wanita. Malah menurut Shahrin Awaludin (2025), soalan yang paling kerap ditanya oleh jemaah haji adalah berkaitan fiqh wanita. Ini kerana mereka boleh bertanya secara dalam talian sahaja dan PIHTAS akan memberikan jawapan dengan masa yang pantas. Perkara yang positif ini perlu diteruskan dalam KAH. Ini kerana bakal jemaah haji terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Mereka yang berumur tidak terdedah dengan pendigitalan ini dan berharap sepenuhnya kepada KAH. Begitu juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar atau pendalaman. Liputan internat yang bermasalah menyukarkan mereka mendalami ilmu manasik haji menerusi dalam talian. KAH adalah platform terbaik kepada mereka untuk memahami tatacara pelaksanaan ibadat haji. Sehubungan itu, pendigitalan semasa KAH wajar diaplikasi agar objektif-objektif yang telah digariskan oleh Bahagian Bimbingan, TH untuk setiap siri akan tercapai. CABARAN DIGITAL SEMASA KURSUS ASAS HAJI (KAH) Kursus Asas Haji (KAH) dianjurkan oleh TH cawangan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri- Negeri dan masjid-masjid. Dewan utama solat digunakan sebagai ruang untuk KAH. Kehadiran peserta KAH diambil untuk setiap siri dengan peserta perlu mengisi google form . Usaha pendigitalan ini sangat baik, namun menimbulkan kesulitan kepada sebahagian peserta terutama yang berusia. Mereka tidak terdedah dengan pendigitalan ini dan sebahagian mereka juga tidak memiliki telefon pintar.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=