E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 313 Rajah 1: Tiga Komponen Utama Kajian Bagi komponen pertama iaitu sebelum KAH, adalah tahap kesediaan penganjur sendiri untuk mempersiapkan kemudahan yang bersesuaian bagi memantapkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran sewaktu KAH dijalankan. Terdapat beberapa penting yang perlu diteliti antaranya kemudahan yang ada di masjid di mana terdapat beberapa buah masjid yang terpilih di setiap daerah sahaja yang menjadi tuan rumah kepada penganjuran KAH pada setiap tahun. Oleh itu, beberapa aspek penting seperti kemudahan jaringan internet, kemudahan layer putih dan LCD serta sistem audio yang jelas dan dalam keadaan yang baik supaya memberikan kelancaran kepada pengurusan KAH. Langkah ini penting kerana sekiranya persiapan yang rapi dijalankan oleh pihak penganjur, namun di lokaliti program KAH tidak mempunyai capaian internet serta kemudahan ICT yang baik secara tidak langsung akan menyukarkan pihak urusetia serta tenaga pengajar dalam melaksanakan aspek digitalisasi dalam pengajaran dan pembelajaran KAH. (Muhamad Asyraf Anuer, 2025). Bagi komponen kedua pula iaitu semasa program KAH berlangsung, antara aspek digitalisasi yang dapat dilakukan adalah dengan menyediakan aplikasi yang khusus bagi kemudahan para peserta KAH yang hadir. Perkara ini adalah lebih memudahkan para peserta kerana kini kebanyakkan jemaah mempunyai telefon bimbit atau kemudahan gajet yang canggih dan memudahkan mereka terus mengakses bahan pembelajaran di hujung jari sahaja. Langkah ini juga secara tidak langsung dapat melatih para bakal jemaah haji untuk mengaplikasikan kemudahan telefon pintar khususnya di Tanah Suci nanti seperti aplikasi nusuk, urus niaga bagi pembayaran dan pembelian secara atas talian dan sebagainya (Muhamad Asyraf Anuer, 2025). Pada waktu dan ketika ini, hanya paparan slide dan tayangan video pendek sebelum bermulanya KAH diberikan oleh pihak Bahagian Bimbingan. Oleh itu, diharapkan selepas ini dapat dipertingkatkan lagi dengan mempelbagaikan kaedah penyampaian seperti tayangan video perlaksanaan ibadah haji serta gambaran yang lebih mengenai situasi sebenar yang bakal dialami khusunya sewaktu kemuncak ibadaha haji berlangsung agar para jemaah mendapat gambaran awal seterusnya boleh melakukan persiapan yang sewajarnya. Pastinya pengalaman dan kepakaran pihak TH khususnya Bahagian Bimbingan dalam menguruskan KAH yang terbukti betindak secara pro aktif dan cemerlang sewaktu pandemik COVID-19 yang lalu serta penghasilan aplikasi seperti TH Hijari memberikan nilai tambah bagi menghasilkan aplikasi KAH agar para jemaah dapat memanfaatkannya bukan sahaja sewaku KAH berlangsung, namun dapat membuat ulangkaji sebelum dan semasa ibadah haji dilakukan di Tanah Suci. Bagi komponen ketiga pula iaitu selepas program KAH, adalah tinjauan dan soal selidik bagi mendapatkan maklum balas, komentar serta cadangan bagi penambah baikan untuk program KAH yang berikutnya. Langkah ini juga dapat dilaksanakan menggunakan perisian terkini seperti QR Code dan hasil soal selidik dapat dikumpul serta dianalisis dengan lebih pantas serta menjimatkan kos dan memelihara alam sekitar dengan cara mengurangkan penggunaan kertas. sebelum selepas
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=