E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 312 inisiatif kursus haji negara ini. Selain itu juga, Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) pertama ialah pada tahun 1984. Bahagian Bimbingan adalah sekretariat kepada Jawatan Kuasa Penasihat Ibadat Haji TH/JAKIM yang menjadi penggerak kepada MHPK dan kursus-kursus pengukuhan lain yang dianjurkan bagi memantapkan lagi kefahaman perkursus dan jemaah haji di negara ini. Antara nama tokoh besar kepimpinan TH pada ketika itu ialah YBhgia Datuk Haji Ahmad bin Yeop Abd Hamid, yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Besar (Haji, Pentadbiran dan Perhubungan). Bagi menyelaraskan program- program yang dianjurkan oleh Bahagian Bimbingan, pejabat Tabung Haji di seluruh negara menjadi penyelaras kepada KAH yang dianjurkan oleh pihak TH. (Ahmad Sohaimi bin Abd Rahim, 2025). ASPEK PENDIGITALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAH Seiring dengan perkembangan teknologi dalam arus semasa pada ketika ini, Kursus Asas Haji (KAH) juga seharusnya memanfaatkan pengaplikasian aspek pendigitalan dan teknologi maklumat dalam penganjuran KAH. (Syed Abdul Aziz Hamid Edruce, Tamar Jaya Nizar, dan Farahwahida Mohd Yusof, 2014). Berdasarkan kajian terdahulu terlah banyak penulisan berkaitan aspek pendigitalan dalam meningkatkan lagi kefahaman jemaah haji sebelum mereka melaksanakan ibadah haji di Tanah Suci. Antaranya adalah kajian yang dilakukan oleh Setyawan dan Muhammad Shafie (2007) bagi memperkenalkan kaedah pelancongan visual (Visual Tours) yang bertujuan sebagai persiapan awal untuk mendapatkan gambaran suasana ketika melakukan ibadat melontar jamrah. Selain itu, terdapat juga kajian Ossy (2010) yang secara tidak langsung mengetengahkan kaedah kelakuan pemanduan (steering behavior) semasa mengerjakan ibadat tawaf sewaktu pusingan Ka’bah. Malah, pendekatan aplikasi teknologi juga terus diperluaskan oleh Nur Zuraifah, Mohd Shafry dan Mashitah (2011) melalui pendekatan haji maya (virtual hajj) yang sebagai persediaan awal jemaah haji untuk mendapatkan gambaran sebenar dalam ibadat tawaf di Tanah Suci. Cadangan membangunkan V- Hajj diutarakan dalam penulisan ini. Mohd Shafry, Ahmad Zakwan Azizul, Ahmad Hoirul, Arief Salleh, Tamar Jaya & Farah Wahida (2011) pula menyumbang idea membangunkan sistem V-Hajj dengan nilai tambah dari sudut pembangunan sistem simulasi 3 dimensi (3D) dalam ibadat tawaf. Curtis, Guy, Zafar dan Manocha (2011) menyokong idea dalam pembangunan Virtual – Tawaf melalui satu kajian kes ke atas insrumen simulasi semasa tawaf. Oleh itu, sedikit sebanyak kaedah sebegini dapat meningkatkan lagi kefahaman Jemaah haji sebagai persediaan mereka sebelum melaksanakan ibadaha haji di Tanah Suci. Berdasarkan kajian tersebut, mereka mendapati bahawa beberapa keadaan semasa tawaf adalah bersifat kritikal iaitu semasa melakukan pusingan tawaf, mencium batu al-Hajr al-Aswad, ketika istilam dan ketika jemaah hendak keluar dari kawasan tawaf. Selanjutnya, Zarita dan Aik (2012) pula mengemukakan teori pengelolaan simulasi tawaf melalui teknik Cellular Automata (CA) yang lebih memfokus kepada pendekatan neural. Cetusan-cetusan idea berbentuk pendekatan visual menunjukkan bahawa peranan pendekatan ini dilihat sebagai agen penting untuk pembangunan bimbingan haji. Ia perlu kepada kombinasi idea-idea pendekatan visual secara total agar ibadat haji dapat dilihat dan dihayati dari dimensi yang lebih luas. (Syed Abdul Aziz Hamid Edruce, Tamar Jaya Nizar, dan Farahwahida Mohd Yusof, 2014). Berdasarkan kajian ini, pengkaji ingin mengetengahkan tiga komponen yang utama iaitu sebelum, semasa dan selepas KAH dijalankan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=