E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 311 dilantik bagi mengetuai majlis ini dan Penguamcara Negara (Soliticator General) sebagai pihak seketeriat dan dianggotai oleh Ketua Penasihat Islam di Singapura dan dua orang pemimpin Melayu di Negeri Melayu Bersekutu yaitu Raja di Hilir Perak dan Dato’ Setia di Raja Selangor. Khusus untuk urusan luar negeri, Majlis Haji meminta pejabat di London untuk melantik pegawai Melayu dengan seorang kerani untuk mengendalikan semua urusan jemaah haji Melayu di Hijaz (W.R. Raoff, The Conduct of The Haji From Malaya, h. 91.) Catatan awal berkaitan pengurusan jemaah haji di Malaysia pernah dinukil oleh Haji Abdul Majid bin Zainuddin. Beliau merupakan pegawai haji yang pertama dilantik oleh kerajaan Inggeris pada 1923, untuk menjaga kebajikan dan keselamatan jemaah haji di Tanah Melayu. (Haji Abdul Majid bin Zainuddin, 1926). Pada tahun 1948, menteri-menteri besar dan raja-raja Melayu telah bersepakat mendirikan Jawatankuasa Penasihat Haji di peringkat persekutuan. Eksistensi Jawatankuasa Penasihat Haji yang sekarang sudah diubah namanya dengan Majlis Penasihat Urusan Haji setelah dibubarkan antara tahun 1969-1973, dapat mengurangi kesulitan yang menjadi keluhan jemaah haji ketika itu. Tahun 1951, Kerajaan Inggeris mengesahkan undang-undang yang berkaitan dengan urusan haji bagi orang-orang Islam di Tanah Melayu. Undang-undang ini dinamakan Ordinan Pengurusan Haji Orang-orang Islam 1951 (Federation of Malaya No. 56 of 1951 “The Muslim Pilgrims Ordinance 1951”). Pengesahan terhadap adalah bertujuan untuk memberikan kaedah yang terbaik dalam sistem pengurusan haji dalam kalangan Muslim Melayu supaya keberangkatan para jemaah ke tanah Arab dalam keadaan aman. Undang-undang ini meliputi persoalan- persoalan yang berhubungan dengan pengurusan perjalanan haji seperti mendapatkan tiket kapal, pasport haji, kemudahan kesihatan seperti ubat-ubatan, makanan dalam kapal dan di tanah suci serta kemudahan pengangkutan sewaktu tempoh mereka menunaikan ibadah haji. Sejarah penubuhan TH bermula pada Disember 1959, semenjak kertas kerja berkaitan penambahbaikan ekonomi bakal-bakal jemaah haji yang dikemukakan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz kepada pihak kerajaan diluluskan (Ishak, 2011; Rohaizad, 2000). Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah membentuk suatu Jawatankuasa Kebajikan Ekonomi Bakal-Bakal Haji. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengkaji dan meneliti dan memberikaan laporan kepada kerajaan mengenai hal ehwal haji ketika itu. Setelah hasil kajian dan penelitian dirumuskan, Jawatankuasa membuat laporan Kertas Putih/ 62 dan laporan tersebut disampaikan kepada pihak kerajaan. Berdasarkan laporan jawatankuasa tersebut, kerajaan mendirikan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji atau Pejabat Tabung Haji melalui Akta Parlimen bil. 34/62 yang disahkan pada tanggal 1 Nopember 1962 dan dirasmikan pada September 1963.25Berdasarkan Undang-Undang tahun 1962 tentang pendirian kerajaan mengenai Perbadanan Wang Simpanan Bakal- Bakal Haji (PWSBH) ini, lembaga ini seterusnya telah dibentuk di bawah pengawasan Tun Razak sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandarketika itu dengan bertujuan memberi kemudahan bagi para jemaah haji Malaysia untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. (Meran Abu Bakar, 1988), Bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, pada tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang. Justeru, lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969. (Jabatan Percetakan Negara, 1982). Semenjak daripada itu, Tabung Haji (TH) mengorak langkah drastik dan lebih efiksyen sebagai institusi pengurusan jemaah haji yang unggul. Bukan sahaja dalam pengelolaan jemaah haji, bahkan dalam bidang- bidang yang lain seperti perladangan dan kewangan Islam. Keberkesanan dalam menyediakan keperluan jemaah haji dan pasukan perubatan terbaik serta pelaburan haji antara terbaik di dunia telah terbukti dengan pengiktirafan pengelola haji terbaik serta mendapat pujian oleh pihak pemerintah kerajaan Arab Saudi. (Fazli Abdullah, 2015). Berdasarkan rekod Jabatan Haji, sejarah penganjuran Kursus Asas Haji di Malaysia pula, nama asal Kursus Asas Haji (KAH) dikenali dgn nama Kursus Haji Bersiri (KHB) , yang dimulai pada tahun 1989. Seterusnya, pada tahun 2011, KHB dinaik taraf dan ditukar nama kepada Kursus Asas Haji (KAH).Kesemua penganjuran KHB dan KAH adalah dilaksanakan oleh Bahagian Bimbingan yang diwujudkan di pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) pada tahun 1982. Ustaz Haji Hanafi Zainuddin ialah Pengarah Bahagian Bimbingan yang pertama pada ketia itu. Bahagian inilah yag melaksanakan pelbagai
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=