E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 310 Fathani, 2018). Daripada catatan musim haji tahun 1949 memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa kebanyakkan syeikh haji di Tanah Suci menjalankan tugas-tugas seperti berikut. Pertama, menyambut ketibaan jemaah haji yang tiba di Jedah; kedua, mengurus barang-barang jemaah haji; ketiga, menyediakan tempat tinggal sementara di Jedah selama dua hari sebelum berangkat ke Mekah; keempat, selama dua hari syeikh haji juga akan mengurus pendaftaran calon jemaah haji kepada kerajaan Arab Saudi. Kelima, menyediakan tempat penginapan di Mekah dan Madinah; keenam, menyediakan transportasi ke Arafah, Muzdalifah dan Mina; ketujuh, menjaga kebersihan khemah para jemaah haji; kelapan, mengurus visa keluar jemaah haji setelah selesai melaksanakan ibadah haji dan ziarah ke Madinah. (Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki & Jasni Sulong, 2018). Selain itu juga, kerajaan-kerajaan negeri yang mempunyai kompetensi terhadap persoalan agama Islam turut terlibat secara lansung dalam proses penyelenggaraan ibadah haji. Pada tahun 1936, kerajaan negeri Johor berdasarkan usaha Dato Onn bin Jafar ketika itu menjadi anggota Majlis Mensyuarat Negeri Johor memberikan kemudahan dalam proses pelaksanaan ibadah haji. Dato Onn mencadangkan supaya pegawai- pegawai Melayu kerajaan negeri Johor diberikan kesempatan untuk bercuti dan diberikan elaun bagi mengerjakan haji seperti mana kemudahan yang diberikan kerajaan negeri kepada pegawai-pegawai Inggeris untuk balik bercuti dengan memberi elaun untuk mereka pulang ke England. Sesuai dengan perkembangan semasa profesionalisma syeikh haji, pada tahun 1976 berlakunya perubahan dalam peraturan syeikh haji oleh kerajaan Arab Saudi. Perubahan ini adalah bertujuan bagi memantapkan sistem dengan menyalurkan peraturan atau cara pengurusan yang lebih cekap dan tersusun. Oleh yang demikian, para syeikh haji telah dipecahkan kepada tujuh kumpulan, iaitu: pertama daripada negara Iran, Turki, Eropah, dan orang-orang Amerika yang beragama Islam. Kedua, negara-negara Arab di Afrika Utara, Mesir, Sudan, Maghrib, dan Tunisia. Ketiga, Amman, Yaman, Yaman Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait dan Qatar. Keempat, negara-negara Arab di Asia Barat, Syiria, Iraq, Jordan, Lebanon, dan Palestin. Kelima, Pakistan, India, Bangladesh, Sri Langka, Burma, dan Afghanistan. Keenam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Jepun, dan Cina. Ketujuh, Afrika Tengah, Afrika Selatan, serta Afrika Barat. (Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki & Jasni Sulong, 2018). Adapun perubahan yang dimaksudkan adalah syeikh-syeikh haji hanya layak untuk dilantik oleh kerajaan Arab Saudi. Manakala, Syeikh-syekh haji yang tidak dilantik di Arab Saudi tidak dibenarkan untuk berkhidmat di Arab Saudi, dan makanan dan minuman disediakan oleh pihak syeikh adalah dengan tambahan bayaran SR 350. Selain itu, dalam pola kerja syeikh haji pula, pihak kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan mengenai yang diperuntukan kepada setiap syeikh haji agar mereka memberikan layanan yang sbaiknya kepada para jemaah. Oleh yang demikian, kerajaan Arab Saudi juga mengutus pegawai-pegawai selaku mewakili Kementerian Haji dan Umrah ke setiap negara bagi memberikan penjelasan dan membuat kerjasama khusus dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan ibadah haji. (Haisam Raid Al-Fathani, 2018). Proses pelaksanaan ibadah haji di Tanah Melayu berkait rapat dengan situasi negara yang dipimpin oleh kerajaan Inggeris ketika itu. Pemerintah Inggeris beranggapan dan melihat rangkaian perlaksanaan ibadah haji bagi setiap muslim Melayu mempunyai implikasi politik dalam hal penentangan orang Melayu terhadap kekuasaan mereka. Pelaksanaan ibadah haji ini akan mempengaruhi pemikiran para jemaah haji yang pergi ke Mekah dengan islâh islâmiyyah yang sedang menjadi isu semasa ketika itu dan akhirnya akan mengakibatkan mereka memberontak terhadap penjajahan Inggeris seterusnya mereka akan segera ingin mendapatkan kemerdekaan. Oleh karena itu, pemerintah Inggeris tidak terlibat dalam menguruskan dan melaksanakan ibadah haji. Selain sikap Inggeris terhadap ibadah Melayu Muslim ini, corak pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dalam hal adat istiadat dan agama Islam telah terbatas dengan adanya perjanjian Pangkor pada tahun 1874 dan beberapa perjanjian antara pihak Inggeris dengan raja-raja Melayu. Seterusnya, pada tahun 1922, pemerintah Inggeris mendirikan Majlis Haji yang bertujuan mengendalikan hal-hal yang berkait dengan pengenalan haji dan pengembalian harta atau wang jemaah haji yang telah meninggal dunia. Pengarah Biro Perisik Politik Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu telah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=