E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 31 Fasa 2: Tahun 2 – 3 (Pensabitan & Skala Nasional) • LMS Adaptif Penuh – Penyesuaian kandungan mengikut tahap: pemula, pertengahan, lanjutan. KPI: kadar tamat kursus ≥85%, peningkatan skor pra/pos ≥20 mata peratus. • VR/AR Manasik – 10 modul simulasi (Tawaf, Sa’i, Wukuf, Mabit, Melontar); kiosk mudah alih negeri. KPI: penurunan kesalahan teknikal ibadah ≥30% berdasarkan audit lapangan. • Sistem Merit Berasaskan AI – Penilaian kompetensi PEKTA (rubrik + bukti artefak + pemerhatian) → perancangan kerjaya & penempatan PIHTAS. KPI: masa pemilihan PIHTAS turun ≥40%; ketepatan penempatan (fit) ≥85%. • Modul Psikospiritual & Komunikasi Krisis – Latih psychological first aid, empati lintas generasi, pengurusan emosi jemaah. KPI: aduan berkaitan komunikasi turun ≥25%. • Perolehan & Perkongsian – Model hibrid (bina – beli – kolaborasi). MOU dengan universiti tempatan untuk R&D; dan dengan vendor berlesen untuk VR/AR. Fasa 3: Tahun 4 – 6 (Pemantapan & Rujukan Serantau) • Pusat Kecemerlangan Bimbingan Haji – Laboratorium Fiqh Lapangan & Teknologi Ibadah; jurnal dalaman; persidangan mini tahunan.• Analitik Prestasi & Amaran Awal – Dashboard masa nyata (penggunaan modul, soalan tumpu, risiko kepatuhan). KPI: masa pembetulan modul < 30 hari; pengurangan insiden berulang ≥50%. • Standardisasi & Akreditasi – Skim pensijilan PEKTA berjenjang (Bronze – Silver – Gold). KPI: ≥70% tenaga mencapai tahap Silver; ≥30% Gold. • Inklusiviti – Modul khusus OKU penglihatan/pendengaran, warga emas, wanita hamil; bahan braille/audio; penterjemah isyarat. KPI: kepuasan kumpulan rentan ≥4.5/5. Fasa 4: Tahun 7 – 10 (Rujukan Global & Jaringan) • Hajj AI Collaborative Network – Konsortium Malaysia – Indonesia – Turki – Maghribi untuk perkongsian data terpiawai, kandungan dwibahasa, dan kajian bersama. • Replikasi & Pelesenan – Pakej modul siap guna (white-label) untuk negara rakan; pendapatan terhasil menyokong kelestarian program. Seni Bina Teknologi & Data • LMS berasaskan standard terbuka (SCORM/xAPI) dan integrasi SSO TH; Chatbot dengan kurasi jawapan fiqh berautoriti; VR/AR mudah alih; Analitik menggunakan data teragregat & dipseudonimkan. • Keselamatan: kawalan akses berperingkat, log audit, sandaran teratur; pemadaman data mengikut tempoh pengekalan yang dipersetujui. • Etika & Syariah: semakan kandungan oleh panel syariah; mitigasi bias algoritma; garis panduan penggunaan AI selaras maqasid.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=