E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 30 Perincian Cadangan Strategik (Perincian Pelaksanaan 1 – 10 Tahun) Prinsip Pandu: Berasaskan tarbiah rohani, berfakta (data-informed), berperingkat (phased), inklusif (OKU, warga emas, wanita & belia), serta mematuhi etika syariah & etika AI. Fasa 1: 0 – 12 Bulan (Pengukuhan Asas & Pantas Menang) • Latihan Literasi Digital PEKTA (100% liputan) – Modul 12 jam: asas peranti, keselamatan data, penggunaan aplikasi TH & LMS. KPI: ≥90% lulus ujian literasi digital tahap asas; ≥80% aktif menggunakan aplikasi dalaman. • Projek Perintis LMS & Chatbot Ibadah – Lancarkan kursus mikro (micro-credentials) fiqh haji, psikospiritual, SOP lapangan. Chatbot prototaip untuk Q&A; fiqh lazim. KPI: masa respons soalan < 2 min, skor kepuasan ≥4.3/5. • Simulasi Krisis Berskala Kecil – Tabletop exercise & drill 4 senario (sesak, hilang, cuaca panas, kecemasan kesihatan). KPI: masa koordinasi < 10 min, pematuhan SOP ≥95%. • Kerangka Tadbir Urus Data – Dasar data minimalis, privasi, dan kebenaran (consent) jemaah; peranan DPO (Data Protection Officer) di TH/Bahagian Bimbingan. • Governans – Tubuhkan PEKTA-AI Steering Committee (TH, negeri, akademia, pakar AI, syariah) dengan TOR yang jelas; mesyuarat suku tahunan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=