E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 302 Bahagian D Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Bimbingan Haji Bahagian D soal selidik mengandungi 17 item soalan bertujuan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan bimbingan haji. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha yang diperoleh daripada hasil borang soal selidik bahagian ini ialah .788. Nilai tersebut lebih besar daripada julat yang ditetapkan (0.6). Reliability Statistics Cronbach’s Alpha N of Items .788 17 Sumber : Output SPSS 2025 Jadual 7. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Bimbingan Haji Kekerapan Berdasarkan Skala Likert Min Sisihan Piawai No. Pernyataan STK TS KS S SS Skor Min Tahap Min 1 Pengetahuan awal tentang ibadat haji memudahkan peserta memahami modul yang disampaikan. - 1 0.7% - 42 28.4% 105 70.9% 4.70 Tinggi .504 2 Jemaah yang tiada pengalaman menunaikan haji sebelum ini lebih memerlukan pendekatan bimbingan secara praktikal. - - 4 2.7% 33 22.3% 111 75% 4.72 Tinggi .506 3 Penceramah yang berpengalaman, mesra dan kreatif memberi kesan besar terhadap keberkesanan kursus bimbingan haji. - - 2 1.4% 28 18.9% 118 79.7% 4.78 Tinggi .445 Dalam Jadual 7, tiga contoh soalan mengenai faktor keberkesanan program bimbingan haji. Soalan 1 menunjukkan bahawa majoriti responden, iaitu seramai 105 orang (70.9%), ‘sangat setuju’ bahawa pengetahuan awal tentang ibadat haji memudahkan mereka memahami modul yang disampaikan. Ini diikuti oleh 42 orang (28.4%) yang ‘setuju’ dengan pernyataan tersebut, manakala hanya seorang responden (0.7%) menyatakan ‘tidak setuju’. Dapatan ini menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan asas tentang ibadat haji membantu peserta memahami kandungan kursus dengan baik serta menjadi faktor penting yang menyumbang kepada kelancaran dan keberkesanan program bimbingan haji. Soalan 2 menunjukkan bahawa majoriti responden, seramai 111 orang (75%) ‘sangat setuju’ jemaah yang tiada pengalaman menunaikan haji lebih memerlukan pendekatan bimbingan secara praktikal. Ini diikuti oleh 33 orang (22.3%) yang setuju, manakala hanya 4 orang (2.7%) menyatakan ‘kurang setuju’ terhadap pernyataan tersebut. Dapatan ini menunjukkan bahawa pengalaman menunaikan haji berperanan penting dalam meningkatkan keberkesanan program bimbingan haji kerana jemaah yang berpengalaman sudah mempunyai gambaran sebenar tentang pelaksanaan ibadah tersebut. Namun begitu, hasil kajian ini bertentangan dengan dapatan Rizalman Muhammad (2016) yang mendapati bahawa kekerapan menunaikan haji tidak memberikan kesan yang ketara terhadap tahap kefahaman jemaah, menunjukkan bahawa keberkesanan bimbingan mungkin lebih bergantung kepada pendekatan dan kaedah penyampaian yang digunakan oleh penceramah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=