E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 303 Soalan 3 menunjukkan bahawa majoriti 118 orang responden (79.7%) ‘sangat setuju’ mengatakan penceramah yang berpengalaman, mesra dan kreatif memberi kesan besar terhadap keberkesanan kursus bimbingan haji. Ini diikuti oleh 28 orang responden (18.9%) memili h ‘setuju’. Manakala, hanya 2 orang (1.4%) ‘kurang setuju’ dengan pernyataan tersebut. Dapatan ini menunjukkan bahawa penceramah kursus haji, PEKTA memainkan peranan penting dalam menjayakan kursus tersebut. Amran dan Mohd Aderi (2021) menegaskan bahawa PEKTA perlu kreatif dan inovatif dalam menggambarkan suasana sebenar di Mekah. Bahagian E Impak Program Bimbingan Haji Terhadap Kesiapsiagaan Jemaah Haji Soal selidik bahagain ini mengandungi 15 item soalan bertujuan menganalisis impak program bimbingan haji terhadap kesiapsiagaan jemaah haji. Kajian ini hanya memaparkan beberapa contoh impak seperti dalam Jadual 8. Cronbach’s Alpha yang diperoleh daripada hasil borang soal selidik tersebut ialah .903. Nilai tersebut lebih besar daripada julat ditetapkan (0.6). Reliability Statistics Cronbach’s Alpha N of Items .903 15 Sumber : Output SPSS 2025 Jadual 8. Impak Program Bimbingan Haji Terhadap Kesiapsiagaan Jemaah Haji Kekerapan Berdasarkan Skala Likert Min Sisihan Piawai No. Pernyataan STK TK KS S SS Skor Min Tahap Min 1 Program bimbingan haji membantu saya memahami secara jelas terhadap rukun dan pelaksanaan ibadah haji. - 1 0.7% 2 1.4% 32 21.6% 113 76.4% 4.74 Tinggi .513 2 Program bimbingan haji yang diberikan membantu saya mengurus tekanan emosi semasa berada di Tanah suci terutamanya ketika berhadapan dengan situasi luar jangka. 1 0.7% 5 3.4% 8 5.4% 52 35.1% 82 55.4% 4.41 Tinggi .799 3 Saya menjauhi perkara- perkara khurafat di Tanah Suci seperti membawa balik batu atau pasir. - - - 21 14.2% 127 85.8% 4.86 Tinggi .350 Jadual di atas menunjukkan semua item mencatatkan skor min pada tahap tinggi, menunjukkan bahawa program bimbingan haji memberikan impak yang positif terhadap kesiapsiagaan jemaah. Antara skor min paling tinggi ialah soalan 3 (min=4.86). Kedua tertinggi ialah soalan 1 (min=4.74). Skor min terendah ialah soalan 2 (min=4.41). Soalan 1, majoriti responden iaitu 76.4% ‘sangat setuju’ bahawa program bimbingan haji membantu mereka memahami dengan jelas rukun dan pelaksanaan ibadah haji. Peratusan kedua tertinggi ialah 21.6% bagi ‘setuju’, diikuti 1.4% ‘kurang setuju’. Peratusan terendah dicatatkan oleh 0.7% bagi ‘tidak setuju’. Soalan 2 memaparkan majoriti responden bersetuju dengan pernyataan program bimbingan haji yang diberikan membantu saya mengurus tekanan emosi semasa berada di Tanah suci terutamanya ketika berhadapan dengan situasi luar jangka dengan jumlah 55.4% ‘sangat setuju’. Ini diikuti 35.1% ‘setuju’. Manakala, minoriti responden ‘sangat tidak setuju’ hanya berjumlah 0.7%.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=