E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 301 Jadual 6 menunjukkan tiga contoh cabaran utama yang dihadapi dalam pelaksanaan program bimbingan haji yang dianggap paling signifikan berdasarkan soal selidik yang dijalankan. Jadual 6. Cabaran Dalam Pelaksanaan Program Bimbingan Haji Di Malaysia Kekerapan Berdasarkan Skala Likert Min Sisihan Piawai No Pernyataan STK TS KS S SS Skor Min Tahap Min 1 Saya merasakan tempoh masa setiap siri kursus terlalu singkat untuk memahami topik dengan baik. 28 18.9% 46 31.1% 30 20.3% 27 18.2% 17 11.5% 2.72 Sederhana 1.282 2 Saya berpendapat hebahan tentang program bimbingan haji masih tidak meluas. 21 14.2% 29 19.6% 42 28.4% 35 23.6% 21 14.2% 3.04 Sederhana 1.256 3 Saya tidak berpuas hati terhadap penceramah yang tidak menggunakan pendekatan visual dalam menerangkan pelaksanaan haji. 31 20.9% 29 19.6% 37 25% 31 20.9% 20 13.5% 3.14 Sederhana 1.333 Berdasarkan jadual di atas, semua soalan berada di tahap sederhana menggambarkan masih ada cabaran pelaksanaan bimbinga haji. Soalan 1 memaparkan majoriti responden seramai 46 orang (31.1%) ‘tidak setuju’ tempoh masa setiap siri kursus terlalu singkat untu k memahami topik dengan baik diikuti 28 orang (18.9%) ‘sangat tidak setuju’ dan 30 orang (20.3%) ‘kurang setuju’. Ini bermakna sebahagian responden yang berpendapat tempoh sedia ada sudah mencukupi. Namun demikian, seramai diikuti 27 orang (18.2%) ‘setuju’, 17 orang (11.5%) ‘sangat setuju’ dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan masih terdapat responden merasakan tempoh kursus perlu dipanjangkan atau kandungannya disusun semula supaya topik dapat difahami dengan lebih mendalam. Perbezaan persepsi ini mungkin disebabkan oleh tahap pemahaman atau pengalaman belajar responden yang berbeza-beza. Soalan 2 menunjukkan bahawa peratusan tertinggi, iaitu seramai 42 orang (28.4%), ‘kurang setuju’ dengan kenyataan bahawa hebahan tentang program bimbingan haji masih tidak meluas. Walau bagaimanapun, seramai 35 orang (23.6%) ‘setuju’ dan 21 orang (14.2%) ‘sangat setuju’ dengan pernyataan tersebut. Dapatan ini menggambarkan persepsi yang berbeza dalam kalangan responden mengenai keberkesanan hebahan program. Sebahagian besar masih ragu-ragu atau kurang yakin bahawa maklumat program telah sampai kepada sasaran peserta kursus haji. Hebahan dan publisiti yang tidak meluas menimbulkan risiko ketinggalan maklumat penting terutamanya kepada bakal haji tahun semasa. Maka, pihak Tabung Haji perlu memastikan maklumat program dihebah lebih meluas di kawasan bandar dan luar bandar bagi mengelakkan isu ketinggalan pelajaran manasik haji. Soalan 3 menunjukkan bahawa peratusan tertinggi responden ialah 37 orang (25%) yang memilih ‘kurang setuju’ terhadap pernyataan ketidakpuasan terhadap penceramah yang tidak menggunakan pendekatan visual dalam menerangkan pelaksanaan haji. Seterusnya, seramai 31 orang (20.9%) masing-masing memilih ‘sangat tidak setuju’ dan ‘setuju’. Dapatan ini menunjukkan wujudnya cabaran dalam pelaksanaan program bimbingan haji, di mana pihak Tabung Haji perlu memastikan penceramah yang dilantik menggunakan pendekatan visual yang interaktif, seperti slaid, video, dan realiti maya sepanjang sesi pengisian berlansung. Pendekatan ini dapat memudahkan pemahaman peserta, meningkatkan fokus serta mengurangkan risiko mereka menjadi jemu, bosan atau mengantuk.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=