E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 300 dari segi kesihatan, kewangan, keamanan dan kebenaran. 2 Aminah wuquf di Arafah bermula waktu Zuhur 10 Zulhijjah dan ibadah wuqufnya adalah sah 71 48% 6 4.1% 7 4.7% 16 10.8% 48 32.4% 3.24 Sederhana 1.82 3 Wajib haji ada 5 perkara iaitu meninggalkan larangan ihram, mabit di Muzdalifah, melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah, mabit di Mina dan melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasyriq. 16 10.8% 7 4.7% - 20 13.5% 105 70.9% 1.71 Rendah 1.341 Dalam Jadual 5, soalan 1 menunjukkan bahawa taburan kekerapan tertinggi responden ialah seramai 115 orang responden (77.7%) yang memilih ‘sangat setuju’ bahawa haji hanya wajib bagi golongan yang berkemampuan (istito‘ah) dari segi kesihatan, kewangan, keam anan dan kebenaran. Taburan kedua tertinggi pula ialah 26 orang responden (17.6%) yang memilih ‘setuju’. Sementara itu, taburan terendah dicatatkan oleh pilihan ‘kurang setuju’ dan ‘tidak setuju’, masing -masing melibatkan 2 orang responden (1.4%). Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman para responden terhadap falsafah dan syarat wajib haji adalah tinggi dan memuaskan (min=4.68). Soalan 2 menunjukkan seramai 71 orang responden (48%) ‘sangat tidak setuju’ dengan pernyataan bahawa Aminah wuquf di Arafah bermula waktu Zuhur 10 Zulhijjah dan ibadah wuqufnya adalah sah. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden memahami bahawa tempoh wuquf bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah (waktu Zuhur) sehingga seketika sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Namun, masih ramai yang keliru mengenai waktu bermulanya wuquf kerana seramai 48 orang (32.4%) ‘sangat setuju’, dan 16 orang (10.8%) ‘setuju’ terhadap pernyataan yang tidak tepat tersebut. Secara keseluruhan, tahap kefahaman responden terhadap soalan ini adalah sederhana (min=3.26). Dapatan ini menunjukkan berlaku peningkatan berbanding kajian terdahulu oleh Amran dan Mohd Aderi (2021), yang mendapati peserta Kursus Asas Haji (KAH) musim haji 2018/1439H mempunyai tahap kefahaman yang rendah mengenai tarikh bermulanya wuquf. Daripada kajian tersebut, hanya 18 peserta (17%) daripada 106 orang yang menjawab soalan wuquf dengan betul. Soalan 3 berada pada tahap rendah (min=17.1) kerana majoriti responden seramai 105 orang (70.9%) menjawab dengan tidak tepat dengan mengatakan ‘sangat setuju’ terhadap pernyataan wajib haji 5 perkara iaitu meninggalkan larangan ihram, mabit di Muzdalifah, melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah, mabit di Mina dan melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasyriq. Sedangkan jawapan yang tepat adalah wajib haji ada 6 perkara. Ini menggambarkan majoriti responden masih tidak memahami perkara asas wajib haji dengan baik walaupun telah mengikuti program bimbingan haji. Bahagian C Cabaran Dalam Pelaksanaan Program Bimbingan Haji Di Malaysia Bahagian ini mempunyai 15 item soalan. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha yang diperoleh daripada hasil borang soal selidik bahagian ini ialah .664. Nilai tersebut lebih besar daripada julat yang ditetapkan (0.6). Reliability Statistics Cronbach’s Alpha N of Items .664 15 Sumber : Output SPSS 2025
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=