E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 29 KPI utama ialah ≥70% tenaga mencapai tahap Silver, ≥30% Gold, masa pembetulan modul <30 hari, pengurangan ≥50% insiden berulang, dan kepuasan ≥4.5/5 bagi kumpulan rentan. Fasa 4: Tahun 7 – 10 (Rujukan Global & Jaringan Antarabangsa) Fasa terakhir memberi penekanan kepada peranan Malaysia sebagai model global bimbingan haji era AI. Penubuhan Hajj AI Collaborative Network bersama negara rakan seperti Indonesia, Turki, dan Maghribi akan membolehkan perkongsian data piawai, modul dwibahasa, serta pembangunan bersama kajian inovasi. Pada masa yang sama, replikasi dan pelesenan modul PEKTA dalam bentuk white-label membolehkan negara lain mengadaptasi sistem ini, sekaligus menjana sumber pendapatan tambahan. Penyertaan aktif dalam WHUC dan forum global memastikan Malaysia berada di barisan hadapan dalam amalan terbaik bimbingan haji. Akhir sekali, konsolidasi standard global yang menggabungkan tarbiah, AI, dan etika syariah akan menjadikan PEKTA sebagai ekosistem pendidikan haji yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. KPI fasa ini termasuk pengiktirafan serantau & global, replikasi modul di ≥3 negara rakan, hasil pelesenan menyumbang ≥20% kos operasi, dan pengiktirafan rasmi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bimbingan haji era AI. Keseluruhan strategi pembangunan berfasa ini bukan sahaja menutup jurang sedia ada, tetapi juga melonjakkan PEKTA menjadi ekosistem bimbingan haji hibrid (tarbiah + teknologi) yang inklusif, responsif, dan berdaya saing global.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=