E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 296 Impak Program Bimbingan Haji Pelaksanaan program bimbingan haji berupaya menyuntik elemen keagamaan, kerohanian dan pembentukan akhlak dalam kalangan jemaah haji di Tanah Suci, tanpa mengira latar belakang pendidikan atau asuhan agama mereka (Jasni Sulong et al., 2014). Program ini turut memberi impak yang signifikan terhadap kesiapsiagaan bakal jemaah haji sebelummenunaikan ibadah haji di tanah suci. Shahrin Awaludin, Ketua Bahagian Bimbingan Haji Tabung Haji, menjelaskan bahawa pendaftaran dan kehadiran jemaah dalam kursus haji bukan sahaja memberikan pengetahuan tentang manasik haji dan falsafahnya, tetapi juga mengenai kesihatan dan pengurusan haji. Kursus ini bertujuan memupuk hubungan rohani yang lebih mendalam serta memastikan bakal jemaah memulakan perjalanan suci ini dengan penuh keyakinan dan pemahaman (BERNAMA, 2024). Antara impak bimbingan haji yang telah dianjurkan dapat dilihat dari sudut ilmu. Menurut Nurhanim (2020), jemaah yang berilmu akan lebih fokus dan memahami kelebihan setiap amalan yang dilakukan serta dapat melaksanakan ibadah mereka dengan teratur tanpa sebarang masalah sepanjang berada di tanah suci. Amran dan Mohd Aderi (2021) berpendapat bahawa pengetahuan yang diperoleh sepanjang kursus haji dapat membantu jemaah mengerjakan ibadah dengan sempurna kerana mereka telah didedahkan dengan situasi sebenar yang lazim berlaku di Tanah Suci agar bersedia menghadapinya dengan hati yang terbuka. Manakala, Shahrin Awaludin (BERNAMA 2024) pula menyatakan bahawa melalui kursus ini, bakal haji akan memahami perjalanan haji dari Miqat iaitu tempat niat sehingga ke akhir ibadah. Pada masa yang sama, pengetahuan yang diperoleh amat penting untuk mengelakkan dari kesilapan yang boleh merosakkan ibadah seperti tidak mengikuti urutan yang betul atau melanggar larangan yang ditetapkan. Bimbingan haji ini turut memberi kesan kepada pembentukan akhlak dan adab bakal haji. Hal ini dikatakan demikian kerana haji merupakan ibadah yang menggalakkan perpaduan dan kesedaran sosial. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan menjaga hubungan baik dengan jemaah lain serta memahami tanggungjawab sosial sebagai seorang Muslim. Melalui interaksi semasa kursus, bakal haji berpeluang membina jaringan dan hubungan yang positif sekali gus memudahkan urusan mereka ketika berada di Tanah Suci (BERNAMA, 2024). Selain itu, sikap terpuji yang ditunjukkan oleh jemaah haji Malaysia telah menjadikan negara ini sering menerima pujian daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, khususnya dari aspek penyediaan latihan, pendidikan serta persediaan jemaah haji (Sinar Harian, 2022). Pada tahun 2025, buat julung kalinya, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al- Rabiah telah menganugerahkan pengiktirafan tertinggi kepada Malaysia melalui Tabung Haji (TH) dengan penganugerahan bagi Anugerah Labbaittom kategori Diamond sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan cemerlang yang diberikan kepada para jemaah haji (Sinar Harian, 2025). Dari sudut emosi pula, kursus haji merangkumi aspek motivasi dan persiapan mental, membantu jemaah untuk bersedia menghadapi cabaran yang mungkin timbul semasa perjalanan. Dengan memahami tujuan dan makna haji, bakal haji akan dapat meningkatkan keikhlasan dan niat mereka yang merupakan faktor penting kemakbulan ibadah di sisi Allah SWT. Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana ibadah haji bukan sahaja memerlukan persiapan fizikal tetapi juga mental dan spiritual (BERNAMA, 2024). Di samping itu, program bimbingan haji turut memberi kesan terhadap kesiapsiagaan fizikal bakal haji. Hal ini kerana, pelbagai maklumat tentang aspek kesihatan dan keselamatan diberikan semasa kursus haji dijalankan. Bakal haji akan diajar tentang langkah-langkah menjaga kesihatan, termasuk pemakanan, pengurusan stres dan penjagaan diri semasa berada dalam keadaan sesak. Pengetahuan ini penting untuk mengelakkan timbulnya masalah kesihatan yang boleh mengganggu pelaksanaan ibadah, terutamanya di tempat yang padat seperti di Mina dan Arafah (BERNAMA, 2024). Dari aspek akidah, kajian Rizalman, Ishak dan Mohd Faiz (2016) pula mendapati sebanyak 20.8% daripada 379 responden jemaah haji Malaysia musim 1433H/2012M telah melakukan amalan yang bercanggah dengan sunnah dan tidak menepati
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=