E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 297 maqasid mengesakan Allah SWT, iaitu berjalan mundur ke belakang dan menghadap ke arah Kaabah ketika mahu keluar dari Masjid al- Haram selepas selesai tawaf wada’. Amalan khurafat ini boleh menjejaskan ibdah haji sekali gus membawa kepada syirik dan kerosakan akidah. Amran dan Mohd Aderi (2021) menjelaskan bahawa kepercayaan terhadap amalan ini berpunca daripada kejahilan tentang amalan sebenar tawaf wada’ atau terpengaruh dengan jemaah dari negara -negara lain. Ini menunjukkan bahawa program bimbingan haji memberi impak yang signifikan dari sudut ilmu, emosi, fizikal, akhlak dan adab serta akidah. Kelima-lima aspek ini perlu diambil perhatian oleh semua bakal jemaah agar mereka dapat bersedia menghadapi cabaran sepanjang menunaikan ibadah haji dan melaksanakannya dengan sempurna di Tanah Suci. ANALISIS DAN PERBINCANGAN KAJIAN Konstruk Penilaian Kursus Bimbingan Haji Rajah 1: Konstruk Penilaian Kursus Bimbingan Haji Rajah 1 menunjukkan konstruk Penilaian Keberkesanan Program Bimbingan Haji kepada Jemaah Haji yang merangkumi empat komponen utama iaitu kefahaman jemaah haji selepas mengikuti bimbingan haji berdasarkan tahap rendah, sederhana dan tinggi. Tahap rendah meliputi soalan berkaitan falsafah haji, rukun haji, wajib haji, jenis haji. Tahap sederhana berkaitan larangan ihram, syarat sah tawaf, tahallul, sa’ie dan isu-isu yang berkaitan. Manakala tahap tinggi pula merangkumi senario dam, waktu wuquf, waktu mabit, melontar dan isu wanita. Cabaran pelaksanaan program bimbingan pula melibatkan 10 perkara iaitu masa, modul, lokasi, fasiliti, publisiti, OKU, material, alat bantu mengajar, pengetahuan penceramah dan penyampaian penceramah. Faktor pula merangkumi faktor dalaman seperti latar belakang jemaah, pengalaman jemaah dan lain-lain. Manakala faktor luaran adalah seperti kandungan modul, penceramah, lokasi dan sebagainya. Seterusnya, Penilaian Keberkesanan Program Bimbingan Haji Kepada Jemaah Haji Kefahaman Jemaah Haji Selepas Mengikuti Bimbingan Haji Cabaran Pelaksanaan program bimbingan haji Faktor-faktor Mempengaruhi Keberkesanan Bimbingan Haji Impak Program Bimbingan Haji Terhadap Kesiapsiagaan Jemaah Haji Masa Dalaman ABM/BBM Luaran Pengetahuan Penceramah Material OKU Publisiti Fasiliti Lokasi Modul Penyampaian Penceramah Ilmu Akhlak/ Adab Rendah Tinggi Akidah Fizikal Emosi Sederhana Demografi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=