E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 294 mendengar ceramah yang disampaikan oleh pembimbing kursus haji. Kajian tersebut turut mengenal pasti kekangan dari segi kapasiti masjid yang tidak mampu menampung jumlah jemaah yang hadir dalam kursus tersebut. Oleh kerana itu, kajian tersebut mencadangkan agar fasiliti termasuk sarana dan prasarana diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan pelaksanaan kursus haji dapat berjalan dengan baik. Program bimbingan haji juga kurang memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan mental dan emosi jemaah. Kajian oleh Hamzah et al. (2020) mendapati bahawa ramai jemaah mengalami tekanan, kebimbangan dan keletihan mental semasa menunaikan haji, terutamanya dalam kalangan jemaah kali pertama dan warga emas. Modul bimbingan yang sedia ada masih belum menyediakan latihan khusus berkaitan psikospritual, pengurusan tekanan, kawalan emosi serta strategi mengatasi cabaran mental yang dihadapi semasa ibadah haji. Hasil tinjauan kajian lepas menunjukkan bahawa pelbagai cabaran pelaksanaan program bimbingan haji dari aspek pendekatan pengajaran bimbingan haji, penyampaian penceramah, alat atau bahan bantu mengajar, fasiliti dan lokasi program. Namun, cabaran-cabaran ini masih memerlukan kajian yang lebih empirikal dan menyeluruh. Selain itu, terdapat beberapa cabaran lain yang masih dipandang sepi, antaranya ialah tempoh masa kursus, kandungan modul bimbingan, publisiti maklumat kursus, kesesuaian modul untuk semua golongan termasuk golongan kurang upaya (OKU) serta tahap pengetahuan penceramah. Faktor Keberkesanan Bimbingan Haji Di Malaysia, jumlah jemaah haji meningkat saban tahun pada satu musim haji (Mohamad Muhaimin & Jasni Sulong, 2018). Terkini, pada tahun 2025, kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi tahun 2025H/1446H (Tabung Haji, 2025). Peningkatan jumlah jemaah ini menuntut kepada bimbingan haji yang berkesan bagi memastikan ibadah haji dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kajian oleh Rizalman Muhammad (2016) mendapati tujuh faktor yang mempengaruhi keberkesanaan bimbingan haji seperti aliran pendidikan dan kekerapan menunaikan haji tidak memberi kesan ketara terhadap kefahaman jemaah. Walau bagaimanapun, faktor jantina dan tahap pendidikan hanya memberi sedikit pengaruh. Manakala ilmu sedia ada dan penerangan pengkursus haji semasa kursus lebih dominan dalammempengaruhi kefahaman jemaah dan bukannya disebabkan oleh modul ibadah haji yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji. Selain itu, pengalaman dan kekerapan menghadiri kursus haji sering dikaitkan dengan keberkesanan bimbingan haji. Kajian Rizalman Muhammad (2016) mendapati pengalaman menghadiri kursus bimbingan tidak memberi kesan signifikan terhadap kefahaman maqasid ibadah haji serta amalan jemaah berlandaskan sunnah. Sebaliknya, kajian oleh Nurhanim (2020) menunjukkan keberkesanan bimbingan terserlah apabila masyarakat awam tetap menghadiri kursus haji berulang kaji walaupun belum menerima surat tawaran atau belum dijadualkan menunaikan ibadah tersebut. Tindakan menghadiri kursus secara berulang ini mencerminkan kesedaran tinggi terhadap kepentingan bimbingan yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji dalam usaha meningkatkan tahap kefahaman berkenaan pelaksanaan haji serta memperoleh maklumat terkini sebagai persiapan awal ke Tanah Suci. Kaedah penyampaian merupakan faktor utama yang menyumbang kepada keberkesanan program bimbingan yang dilaksanakan. Kajian oleh Amran, Mohd Isa dan Mohd Aderi (2018) mencadangkan penggunaan pendekatan V.A.K (Visual, Auditori dan Kinestetik). Kaedah visual menggunakan gambar, video, carta, model dan rajah. Kaedah auditori pula merangkumi syarahan, rakaman dan sesi soal jawab. Manakala, kaedah kinestetik menekankan penglibatan praktikal seperti lakonan dan simulasi. Nurhanim (2020) mendapati kaedah diskusi interaktif dan demonstrasi lebih berkesan kerana dapat menggali

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=