E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 293 Tuntasnya, jemaah haji Malaysia pada musim haji 2012M/1433H dan 2018M/1439H menunjukkan bahawa tahap kefahaman mereka terhadap pelaksanaan ibadat haji masih belum mencapai tahap yang memuaskan walaupun telah mengikuti Kursus Asas Haji. Pada musim haji 2012M/1433H, ribuan soalan telah diajukan kepada PIHTAS dan TAIB berkaitan isu haid, tawaf dan dam, selain terdapat jemaah yang masih was-was dalam mengerjakan ibadat haji. Manakala pada musim haji 2018M/1439H, jemaah haji masih keliru dalam membezakan pelaksanaan ketiga-tiga jenis haji, khususnya haji tamattuk, selain terus berhadapan dengan masalah berkaitan tawaf wada’, sa’ie, larangan ihram dan isu haid yang menjadi antara kekangan utama dalam pemahaman menyeluruh terhadap ibadat haji. Berdasarkan perkara di atas, tahap kefahaman jemaah haji dapat diukur melalui tiga peringkat iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Tahap rendah merangkumi kefahaman asas seperti falsafah haji, konsep haji, rukun haji, wajib haji, sunat haji dan jenis-jenis haji. Tahap sederhana pula melibatkan kefahaman yang lebih mendalam berkaitan larangan ihram, syarat sah tawaf, tahallul dan sa‘ie . Seterusnya, kefahaman pada tahap tinggi mencakupi isu-isu yang lebih kompleks seperti dam, waktu wuquf, waktu mabit, melontar jamrah serta persoalan fiqh wanita. Secara umumnya, majoriti jemaah yang mengikuti program bimbingan haji dapat memahami tahap rendah dan sederhana, manakala kefahaman pada tahap tinggi lazimnya memerlukan pengalaman praktikal serta situasi sebenar di Tanah Suci bagi memperkukuh pemahaman tersebut. Cabaran Pelaksanaan Bimbingan Haji Salah satu cabaran utama dalam program bimbingan haji ialah pendekatan pengajaran yang masih terlalu berorientasikan teori berbanding amali. Kajian Abdul Aziz, Tamar Jaya dan Farahwahida (2014) terhadap 52 orang jemaah pakej Nilam mendapati sebahagian mereka masih keliru dalam melaksanakan rukun dan wajib haji secara praktikal, malah banyak persoalan timbul berkaitan tawaf, sa’ie dan larangan ihram ketika berada di Makkah. Kajian oleh Hasanulddin Mohd et al. (2020) pula melaporkan wujud persepsi bahawa pendekatan bimbingan ibadah haji dan umrah oleh Tabung Haji dianggap terlalu sempit, rigid, keras dan kurang mesra jemaah. Pandangan ini berpotensi menjejaskan imej serta kredibiliti Tabung Haji dalam menguruskan ibadah haji jemaah Malaysia. Selain itu, masih terdapat segelintir peserta yang merasakan penyampaian penceramah kursus haji kurang memuaskan menunjukkan wujudnya cabaran dalam pelaksanaan bimbingan hajiajian oleh Abdul Aziz, Tamar Jaya dan Farahwahida (2014) mendapati bahawa tahap kepuasan jemaah haji terhadap ceramah PEKTA dalam siri KAH, KIH, dan KPH adalah tinggi. Majoriti responden menilai ceramah tersebut cemerlang (73.1%) dan memuaskan (21.2%), namun 5.8% peserta masih menganggap penyampaian ceramah itu lemah. Di samping itu, alat bantu mengajar dalam program bimbingan haji masih belum benar-benar efektif kerana gagal memberi gambaran jelas terhadap pelaksanaan ibadat haji. Kajian Abdul Aziz, Tamar Jaya dan Farahwahida (2014) menunjukkan jemaah masih berasa was-was dan kurang keyakinan walaupun telah dipaparkan bahan audio visual semasa kursus. Hal ini berpunca daripada kurangnya penerapan teknologi moden, sedangkan aplikasi mudah alih, modul interaktif dan realiti maya (VR) terbukti lebih berkesan dalam meningkatkan kefahaman. Menurut Salbiah et al. (2021), amali haji yang bergantung pada model kaabah, jamrah, gambar dan video masih tidak mencukupi. Justeru, penggunaan VR dilihat paling sesuai kerana mampu mensimulasikan suasana sebenar di Tanah Suci sepertimana yang telah dipraktikkan di Pakistan dan Indonesia. Cabaran lain yang dikenal pasti adalah dari sudut fasiliti dan tempat program bimbingan haji. Kajian Nurhanim (2020) mendapati masalah teknikal seperti gangguan pembesar suara dan mikrofon sering berlaku semasa kursus haji berlangsung di Sarawak. Masalah ini boleh menjejaskan tumpuan peserta ketika

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=