E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 291 Walaupun program bimbingan haji memberikan banyak manfaat, namun beberapa cabaran masih wujud. Perbezaan latar belakang jemaah dari segi pendidikan, usia dan tahap kefahaman agama menyukarkan penyampaian maklumat secara seragam. Latihan praktikal masih terhad, dengan lebih banyak penekanan diberikan kepada teori berbanding simulasi amali. Selain itu, ramai jemaah menghadapi cabaran dalam aspek kesiapsiagaan mental dan emosi, terutamanya mereka yang pertama kali menunaikan haji. Penggunaan teknologi dalam bimbingan haji juga masih kurang dimanfaatkan, sedangkan aplikasi mudah alih, modul interaktif dan realiti maya ( Virtual Reality ) berpotensi untuk meningkatkan pemahaman jemaah dengan lebih berkesan. Justeru, kajian ini akan menilai tahap kefahaman jemaah terhadap modul bimbingan, mengenal pasti cabaran pelaksanaan program serta menilai faktor keberkesanan, impak bimbingan haji dan cadangan penambahbaikan. METODOLOGI Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program bimbingan haji kepada jemaah haji di Malaysia. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 148 orang responden bertujuan menilai tahap kebolehpercayaan borang soal selidik tersebut. Data yang diperolehi dalam borang soal selidik menggunakan Google Form akan di analisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) di mana Cronbach’s Alpha yang diperoleh daripada hasil borang soal selidik tersebut ialah .848. Nilai tersebut lebih besar daripada julat ditetapkan (0.6). Oleh itu, validity borang kaji selidik adalah diperakui. Reliability Statistics Cronbach’s Alpha N of Items .848 82 Sumber : Output SPSS 2025 Kemudian, data yang diperolehi di analisis menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan frequency (jadual kekerapan), skor min dan sisihan piawai. Soal selidik ini menggunakan Skala Likert dari skala 1 hingga 5 yang mewakili tahap persetujuan seperti dalam Jadual 2 berikut: Jadual 2. Skala Likert Skala Tahap Persetujuan 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Kurang Setuju 4 Setuju 5 Sangat Setuju (Sumber: Chua, 2011) Manakala pengukuran skor min dirujuk berdasarkan tahap skor min bagi skala likert adalah seperti dalam Jadual 3 di bawah: Jadual 3. Skor dan Interpretasi Min Skor Min Interpretasi Min 1.00 hingga 2.33 Rendah 2.34 hingga 3.67 Sederhana 3.68 hingga 5.00 Tinggi (Sumber: Landell, 1977) Kemudian, data dianalisis menggunakan metode crosstabulation (jadual rujuk silang) melalui perisian SPSS. Ini bagi memastikan data dapat dianalisis dan diolah dengan baik serta memahami signifikan respon.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=