E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 28 Strategi Pembangunan Berfasa PEKTA Fasa 1: 0 –12 Bulan (Pengukuhan Asas & “Quick Wins”) Pada fasa permulaan, fokus utama ialah membina asas literasi digital dalam kalangan semua tenaga PEKTA. Hal ini penting kerana tahap penguasaan teknologi masih berbeza, dan sebarang inovasi digital tidak akan berjaya tanpa keseragaman kemahiran asas. Seiring dengan itu, projek perintis LMS dan chatbot ibadah prototaip diperkenalkan untuk kursus mikro seperti fiqh haji, psikospiritual, dan SOP lapangan. Pendekatan ini membolehkan tenaga PEKTA dan jemaah membiasakan diri dengan penggunaan teknologi tanpa menjejaskan tradisi tarbiah bersemuka. Selain itu, simulasi krisis skala kecil diperkenalkan untuk menguji kecekapan respons terhadap senario seperti kesesakan, kehilangan jemaah, cuaca panas, dan kecemasan kesihatan. Langkah ini disokong oleh penubuhan PEKTA-AI Steering Committee yang berperanan menyelaras dasar, piawaian, dan garis panduan penggunaan teknologi. KPI utama termasuk kadar lulus ≥90% dalam ujian literasi digital, masa respons chatbot < 2 minit dengan kepuasan ≥4.3/5, serta ≥95% pematuhan SOP dalam simulasi krisis. Fasa 2: Tahun 2 – 3 (Pensabitan & Skala Nasional) Selepas penguasaan asas teknologi dicapai, fasa kedua menekankan skala nasional dengan pengukuhan LMS dan pelaksanaan simulasi canggih. LMS adaptif penuh dibangunkan dengan modul berperingkat (pemula, pertengahan, lanjutan) bagi menyesuaikan latihan mengikut tahap kefahaman pembimbing. Pada masa yang sama, VR/AR manasik diperkenalkan dengan sekurang-kurangnya 10 modul simulasi (tawaf, sa’ie, wukuf, melontar dsb.) yang boleh diakses melalui kiosk mudah alih di negeri. Langkah ini dijangka mengurangkan kesalahan teknikal ibadah secara signifikan. Dalam aspek pengurusan tenaga, sistem merit berasaskan AI diperkenalkan untuk menilai prestasi PEKTA dan memudahkan pemilihan PIHTAS. Di samping itu, modul psikospiritual dan komunikasi krisis diwujudkan bagi membina kemahiran psychological first aid, empati rentas generasi, serta pengurusan emosi jemaah. KPI fasa ini termasuk ≥85% kadar tamat kursus LMS, penurunan ≥30% kesalahan teknikal ibadah, pengurangan ≥40% masa pemilihan PIHTAS, dan ≥25% pengurangan aduan komunikasi. Fasa 3: Tahun 4 – 6 (Pemantapan & Rujukan Serantau) Apabila ekosistem digital matang, PEKTA memasuki fasa pemantapan dengan penubuhan Pusat Kecemerlangan Bimbingan Haji. Pusat ini berfungsi sebagai laboratorium fiqh lapangan dan teknologi ibadah, di samping menjadi pusat penerbitan jurnal dalaman dan penganjuran persidangan mini serantau. Seterusnya, pembangunan dashboard analitik prestasi & amaran awal memberi keupayaan untuk memantau penggunaan modul, mengenal pasti isu tumpuan, dan melaksanakan intervensi segera. Diikuti dengan standardisasi & akreditasi berjenjang (Bronze – Silver – Gold) bagi meningkatkan profesionalisme dan motivasi tenaga PEKTA. Fasa ini juga memperkenalkan modul khusus inklusif untuk kumpulan rentan (OKU, warga emas, wanita hamil), termasuk bahan dalam braille, audio, dan bahasa isyarat. Pendekatan inklusif ini menegaskan bahawa PEKTA bukan sahaja menyeluruh, tetapi juga mesra semua golongan jemaah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=