E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 277 Keelstarian kewangan Dalam membangunkan sebuah pusat kecemerlangan, sokongan kewangan merupakan perkara utama demi memastikan kelansungan operasi dan infrastruktur organisasi. Tanpa model kewangan yang mampan, fungsi penyelidikan, latihan, pembangunan kapasiti, serta integrasi digital-fizikal akan terjejas. Berdasarkan satu teori kelestarian kewangan, sesebuah organisasi mesti memenuhi 3 perkara iaitu sumber kewangan, pengurusan perbelanjaan, keupayaan untuk beroperasi dengan dana yang diperuntukkan (Izzat Amsyar, 2025). Kelestarian kewangan merupakan isu penting dalam RAJIH, namun perkara ini tidak boleh terlalu difokuskan kerana dibimbangi penubuhannya akan menyimpang dari tujuan asal (Syapiqi, 2025). Dalam konteks organisasi, RAJIH perlu ditentukan sama ada beroperasi sebagai Centre of Service (COS) yang menggunakan peruntukan tanpa menjana pendapatan langsung atau sebagai Income Centre, yang menjana pendapatan melalui aktiviti tertentu. Beberapa pandangan mencadangkan RAJIH beroperasi dalam bentuk hibrid, iaitu bukan sekadar COS, tetapi juga mampu menjana pendapatan secara pasif demi kelestarian (Azizi, 2025). Rajah 2: Fasa Pembangunan Kewangan Mampan Beberapa fasa pembangunan perlu disusun untuk memastikan struktur kewangan mampan dapat dicapai. Fasa pertama merupakan tempoh kebergantungan sepenuhnya kepada TH untuk menjalankan segala aktviti RAJIH. Fasa berikutnya pula adalah untuk mengenalpasti potensi RAJIH bagi menjana pendapatan lalu fasa yang terakhir ialah tempoh RAJIH menjalankan operasi secara berdikari sekiranya mampu (Azizi Che Seman, 2025). Antara sumber yang boleh dikenalpasti ialah dana penyelidikan yang diperoleh melalui geran penyelidikan kompetitif yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, MOSTI, Yayasan serta agensi antarabangsa seperti Islamic Development Bank dan OIC Research Funds. Selain itu, RAJIH boleh menjalin kerjasama strategik dengan industri berkaitan seperti teknologi, kesihatan, logistik, dan pelancongan Islam. Melalui kolaborasi ini, pihak industri membiayai kajian tertentu manakala hasil kajian dimanfaatkan secara bersama, satu pendekatan yang telah digunakan secara meluas dalam pembiayaan penyelidikan di universiti awqaf (Abdullah & Hashim, 2023). Melalui latihan dan bimbingan, pendapatan dapat dijana melalui yuran kursus, modul latihan, serta bengkel profesional yang ditawarkan. Selain itu, RAJIH juga boleh mengembangkan platform digital seperti Wifadah versi RAJIH yang menawarkan kursus dalam talian, webinar, dan langganan tahunan berbayar. Model e-learning ini telah terbukti sebagai strategi mampan dalam pembiayaan institusi pendidikan moden (Md. Isa 2019). Walaubagaimanapun, pelaksanaan ini perlu dibuat secara berhati-hati kerana Tabung Haji merupakan satu institusi yang sangat bergantung kepada persepsi masyarakat. Misalnya sebelum tertubuhnya RAJIH, segala kursus yang ditawarkan adalah percuma, namun selepas kewujudannya, kursus-kursus baru ini dikenakan bayaran (Azizi Che Seman, 2025). Isu-isu sedemikian akan timbul sekiranya yuran latihan dikenakan pada latihan asas melibatkan orang awam dan jemaah haji. Namun pada peringkat korporat, perkara ini tidak menjadi masalah pada peringkat profesional dan antarabangsa (Izzat Amsyar, 2025) . Sumber dana penerbitan dan konsultansi boleh diperoleh melalui penerbitan jurnal antarabangsa berindeks dengan yuran langganan dan penerbitan, selain daripada khidmat konsultansi serta polisi yang ditawarkan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=