E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 278 kepada kerajaan atau institusi pengurusan haji di peringkat global. Penggunaan pendapatan intelektual sebegini telah dikenal pasti sebagai strategi inovatif dalam pengurusan wakaf dan endowmen pendidikan (Ismail & Wahab 2022; Alhabshi 2020). Di samping itu, sumber dana filantropi melalui sumbangan korporat (CSR) daripada syarikat penerbangan, hospital Islam, bank Islam, dan agensi pelancongan boleh menjadi pelengkap dana RAJIH. Tambahan pula, dana zakat fi sabilillah, zakat pendidikan, serta infaq dapat dimanfaatkan khususnya untuk tujuan pembangunan ilmu dan latihan haji. Kajian membuktikan bahawa sinergi dana wakaf dan zakat merupakan formula efektif bagi menjamin kelestarian institusi pendidikan Islam (Abdullah 2020). Dalam plan strategik Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat (IPIZ) juga menjadikan kerjasama dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebagai salah satu sumber kewangan dalam rancangannya dengan menyasarkan dana sebanyak RM10,000-RM15,000 bagi tujuan penyelidikan (Institut Penyelidikan & Inovasi Zakat, 2025). Kelestarian kewangan RAJIH bergantung pada model hibrid yang menggabungkan sokongan Tabung Haji, instrumen kewangan Islam, kerjasama strategik, serta inovasi pendanaan moden. Dengan perancangan berfasa dan tadbir urus yang baik, RAJIH mampu kekal berdaya tahan tanpa menjejaskan tujuan asal penubuhannya. PENUTUP Secara keseluruhannya, Model RAJIH dirangka sebagai sebuah pusat rujukan dan kecemerlangan ibadat haji yang menyepadukan beberapa dimensi utama iaitu latihan, penyelidikan dan penerbitan dan integrasi digital-fizikal. Keempat-empat dimensi ini saling melengkapi dalam memastikan RAJIH berfungsi bukan sahaja sebagai pusat pengembangan ilmu dan latihan, tetapi juga sebagai institusi yang berdaya tahan, mampan, dan relevan dengan keperluan semasa serta cabaran global. Dengan pelaksanaan yang teratur, sokongan tadbir urus yang baik, serta penggunaan teknologi moden, RAJIH berpotensi besar untuk menjadi pusat rujukan dan kecemerlangan bertaraf antarabangsa dalam dunia penyelidikan ibadat haji. Penghargaan: Setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas sokongan dan pembiayaan kajian ini melalui Geran Penyelidikan GA012-2025. Sumbangan tersebut telah memberikan peluang dan ruang bagi pelaksanaan penyelidikan ini dengan jayanya serta menyumbang kepada pembangunan Model Pusat Rujukan dan Kecemerlangan Ibadat Haji Antarabangsa (RAJIH). RUJUKAN 1. Abalkhail, A. A. (2022). Saudi Arabia’s management of the Hajj season through artificial intelligence and crowd management. Sustainability, 14 (21), 14142. 2. Abdul Rani, M. R., & Ramli, A. (2022). Development of Tawaf Simulation in Hajj Training in the New Norms. Environment-Behaviour Proceedings Journal, 7 (21), 199 – 206. 3. Abdullah, M. (2020). Model Institusi Pendidikan Melalui Sinergi Dana Wakaf dan Zakat di Malaysia (Model of Educational Institution Through the Synergy of Waqf and Zakat Funds in Malaysia) . ResearchGate. 4. Abdullah, M., & Hashim, N. A. (2023). Waqf funds for higher education in Malaysia and Bahrain: Drawing lessons from the experience. ResearchGate.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=