E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 276 kursus berkaitan haji, mewujudkan pangkalan data digital untuk ilmu haji dan umrah, platform interaktif yang mesra pengguna serta membangunkan portal penyelidikan dalam talian yang boleh diakses oleh penyelidik tempatan dan antarabangsa. Integrasi digital dalam pengurusan ilmu Islam bukanlah sesuatu yang baharu. Sebagai contoh, Computer Research Center of Islamic Sciences (CRCIS) di Iran telah berjaya membangunkan koleksi digital meliputi pangkalan data tafsir, hadis, dan manuskrip klasik. Usaha ini membuktikan bahawa digitasi dapat memudahkan capaian sumber Islam kepada masyarakat global tanpa batas geografi (Computer Research Center of Islamic Sciences, 2023). Di Malaysia pula, AI Fiqh merupakan salah satu produk yang terhasil daripada integrasi fiqh dan teknologi (AI FIQH, 2025). Platform ini melalui pembangunan vector database, di mana dokumen kitab turath ditukar kepada bentuk numerik bagi mewakili huruf dan teks. Hasilnya, jawapan yang diberikan akan berpandukan pangkalan data yang telah dibangun menjadi lebih tepat dan bersesuaian. Tambahan proses content review untuk mengelakkan isu “ fabricated ” (Fadhil, 2025). E-Faraidh, sebuah platform yang berfungsi sebagai chatbot khusus dalam bidang faraidh. Platform ini tidak sahaja menepati kehendak syariah dari segi rujukan data yang sahih, malah turut menepati keperluan teknologi moden yang lebih efisien, berfokus, dan mesra pengguna (Muslim, 2025). Jika model ini diadaptasi oleh RAJIH, ia akan memperkukuh kedudukan pusat ini sebagai rujukan antarabangsa dalam kajian haji. Bukan sahaja penyelidik tempatan, malah pakar luar negara boleh mengakses data berkaitan ibadah haji, isu fatwa, serta inovasi pengurusan jemaah. Contoh lain ialah inisiatif Wifadah, platform e-learning oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, yang telah berjaya melatih puluhan ribu petugas haji secara maya. RAJIH boleh menjadikan model ini sebagai rujukan untuk melaksanakan kursus pensijilan antarabangsa dan latihan berterusan bagi mutawwif, pegawai haji, serta penyelidik (Public Education Platform, 2022). Tambahan pula, pelancaran platform kesedaran jemaah oleh kementerian berkenaan menunjukkan transformasi ke arah penyampaian panduan haji secara digital dan interaktif dalam pelbagai bahasa (Saudi Press Agency, 2025). RAJIH juga boleh membangunkan platform digital yang menyediakan akses mengikut tahap pengguna seperti kanak-kanak, orang awam, dan ahli akademik supaya lebih mesra pengguna dan menarik. Hal ini selari dengan trend semasa yang melihat Malaysia masih berada di peringkat kesedaran dalam learning AI dan belum mencapai tahap pembangunan berskala besar (Fadhil, 2025) Walau bagaimanapun, integrasi digital memerlukan asas yang kukuh. Infrastruktur seperti server berkapasiti tinggi, sistem keselamatan siber, dan pasukan pakar IT adalah prasyarat utama. Tanpa itu, sistem digital mudah terdedah kepada risiko kehilangan data, serangan siber, atau kegagalan capaian. UNESCO dan beberapa kajian perpustakaan Islam digital menegaskan bahawa digitalisasi dalam penyelidikan mesti diiringi dengan polisi keterbukaan data dan mekanisme perlindungan maklumat yang jelas (University of Pennsylvania Libraries, 2023; National Library and Archive of Iran, 2023). Secara keseluruhannya, integrasi digital-fizikal bukan sekadar tambahan kepada RAJIH, tetapi ia adalah teras transformasi bagi memastikan pusat ini berfungsi sebagai hub ilmu, latihan, dan penyelidikan global yang relevan dengan era Revolusi Industri 4.0.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=