E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 275 Kajian ini mendapati bahawa salah satu elemen utama dalam model RAJIH adalah keperluan menghasilkan penyelidikan yang bukan sekadar teoretikal, tetapi mempunyai impak praktikal kepada pengurusan haji, contohnya sumbangan kepada polisi agensi Haji, inovasi teknologi ibadah, atau panduan operasi jemaah (Umm al- Qura, 2024). Konsep “research with impact” sejajar dengan pusat kecemerlangan yang menekankan transformasi pengetahuan ke dalam aplikasi praktikal seperti RAJIH. Dengan itu, RAJIH harus memastikan setiap output penyelidikan disertakan elemen pemindahan pengetahuan (knowledge transfer) kepada amalan supaya pusat ini tidak sekadar pusat teori tetapi menjadi agen perubahan dalam pengurusan haji. Demi menjamin impak yang maksimum, pengurusan penyelidikan yang dilakukan mestilah dilakukan secara sistematik. Proses permohonan, penawaran dan pemantauan geran penyelidikan yang diserahkan kepada pihak penyelidik perlu diuruskan dengan terperinci dan konsisten supaya hasil yang didapati mencapai tahap yang dikehendaki. Hal ini juga bagi mengelakkan sebarang kegagalan dalam sesebuah projek penyelidikan sekiranya tidak dipantau secara berterusan (Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat, 2025) Segala hasil penyelidikan tersebut boleh diterbitkan secara fizikal dan digital. Sebagai contoh inisiatif AZKA menubuhkan AZKA Corner untuk menempatkan penerbitan-penerbitannya di lokasi-lokasi terpilih dengan menyediakan satu sudut khas yang boleh diakses oleh masyarakat (AZKA, 2025). Selain itu, penerbitan di jurnal rasmi juga merupakan salah satu kaedah yang efektif untuk mempromosikan penyelidikan yang dihasilkan (AZKA, 2025; IPIZ, 2025; Umm al-Qura, 2025). Jurnal tersebut boleh diakses secara maya di laman rasmi institut-institut terbabit. Latihan dan Bimbingan Hasil perbincangan menunjukkan masih kurang modul latihan khusus mengenai haji (hukum-hakam, logistik, kaedah fatwa haji, diplomasi, teknologi) yang bersepadu dan berstandard antarabangsa. Kajian mencadangkan modul latihan antarabangsa dan pensijilan sebagai satu elemen penting dalam RAJIH. Dengan melaksanakan modul latihan berstandard antarabangsa dan pensijilan, RAJIH dapat menarik pelatih dari peringkat global dan melahirkan pakar haji yang kompeten bukan sahaja dari aspek agama tetapi aspek operasi dan teknologi. RAJIH perlu menekankan program latihan berskala antarabangsa yang melibatkan kursus pensijilan, modul multi-bahasa, latihan sukarelawan, serta pembangunan kepimpinan dalam industri haji. Selain itu, pakar mencadangkan agar RAJIH menawarkan latihan berterusan ( continuous professional development – CPD ) untuk pegawai Tabung Haji, mutawwif, dan penyelidik supaya pengetahuan mereka sentiasa dikemas kini dengan keperluan semasa (Izzat Amsyar, 2025). Pembelajaran dan latihan berkaitan bidang di luar bidang haji dan umrah secara khusus berpotensi ditawarkan dengan menyediakan kursus-kursus berkaitan kewangan Islam, bahasa Arab, pengurusan dan sebagainya manakala latihan berkaitan haji telah diuruskan oleh unit bimbingan haji (Khairy, 2025). Pengalaman International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang menggabungkan penyelidikan, latihan, dan penerbitan membuktikan bahawa elemen latihan bersepadu amat penting untuk menjadikan pusat kecemerlangan Islam relevan di peringkat global (IIIT, 2023). Inovasi Digital dan Fizikal Hasil perbincangan menunjukkan bahawa penggunaan teknologi digital merupakan komponen penting dalam membangunkan RAJIH. Cadangan utama termasuklah membangunkan platform e-learning untuk
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=