E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 274 Selain itu, temu bual pakar dan Focus Group Discussion (FGD) diadakan bersama pihak berkepentingan utama seperti pegawai pengurusan Tabung Haji, pembimbing ibadat haji (Pekta), pakar fiqh ibadat, pakar kewangan Islam dan pakar teknologi maklumat. Kaedah ini membolehkan dapatan bersifat praktikal dan empirikal digabungkan dengan kerangka teoritikal, sekali gus memperkayakan cadangan model RAJIH yang akan dibangunkan. Seterusnya, kajian penandaarasan akan dilakukan dengan merujuk kepada pusat kecemerlangan antarabangsa seperti Custodian of the Two Holy Mosques Institute for Hajj and Umrah Research di Arab Saudi, Akademi Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (AZKA), Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat Universiti Utara Malaysia (IPIZ) yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan latihan dalam bidang masing-masing. Data yang diperoleh melalui ketiga-tiga kaedah ini akan dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik (thematic analysis). Analisis ini membolehkan penyelidik mengenal pasti pola, tema dan isu utama yang timbul daripada data yang dikumpul secara kualitatif. Selain itu, analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats) akan digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang dihadapi dalam membangunkan RAJIH sebagai pusat rujukan antarabangsa. Gabungan analisis ini akan menghasilkan satu kerangka konseptual yang komprehensif dan praktikal. Pembangunan RAJIH memerlukan pemahaman menyeluruh terhadap aspek pengurusan haji daripada pelbagai sudut. Melalui kaedah kualitatif eksploratori yang menggabungkan kajian literatur, temu bual pakar, FGD dan penandaarasan, model yang dicadangkan diyakini lebih inklusif, bersepadu dan dapat diaplikasikan dalam konteks pengurusan ibadat haji di peringkat global. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Rajah 1: Model RAJIH Pengurusan dan Kaedah Penyelidikan Berimpak Tinggi Kelancaran sebuah organisasi bergantung kepada struktur yang jelas, teratur, dan selaras dengan visi, misi dan objektifnya kerana struktur inilah yang akan menentukan aliran tugas, tanggungjawab serta hubungan antara unit untuk memastikan semua sumber dapat dimanfaatkan secara optimum. Setelah memahami komponen-komponen penting ini, pencapaian terhadapnya boleh dimulakan dengan membahagikan organisasi kepada beberapa bahagian kecil. Kemudian, setiap bahagian boleh dirancang bagaimana untuk bergerak seiring dalammencapai visi, misi dan objektif organisasi secara menyeluruh (Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat, Akademi Zakat, 2025).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=