E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 271 memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sistem kawalan kerumunan untuk memastikan keselamatan jemaah semasa musim haji (Abalkhail, 2022). Ketiga, modul latihan pembimbing ibadat haji (Pekta) di Malaysia masih memerlukan pengukuhan melalui pendekatan berasaskan kajian empirikal dan integrasi teknologi moden agar lebih relevan dengan keperluan semasa (Tabung Haji, 2024). Sehubungan dengan itu, TH telah menubuhkan Pusat Rujukan dan Kecemerlangan Ibadat Haji Antarabangsa (RAJIH) yang bertindak sebagai salah satu unit di bawah Bimbingan Haji di TH. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat D ato’ Setia Dr. Mohd Naim Haji Mokhtar di Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-41 pada 27 September 2024, tujuan TH menubuhkan RAJIH adalah untuk meningkatkan kecekapan dan kajian terhadap isu-isu manasik haji selain menjadi sebuah pusat latihan bagi pembimbing ibadat haji yang bertauliah meningkatkan lagi kemahiran dalam penyampaian dan memahami isu-isu yang bersifat kontemporari (Tabung Haji, 2024). Oleh itu, sebuah model menyeluruh yang menggabungkan dimensi operasi, modul latihan, penyelidikan akademik dan integrasi teknologi digital dalam penyelidikan ibadat haji diperlukan untuk memenuhi tuntutan tersebut. Walaupun terdapat pusat kecemerlangan haji di Arab Saudi seperti Custodian of the Two Holy Mosques Institute for Hajj and Umrah Research yang menjalankan kajian dan inovasi berkaitan operasi haji, model sebegini masih belum diterokai dalam konteks Malaysia sebagai rujukan global (Umm Al-Qura University, 2023). Tambahan pula, kebanyakan kajian terdahulu hanya menekankan aspek tunggal seperti modul latihan atau logistik, tanpa menghubungkan kesemua elemen utama dalam satu kerangka yang bersepadu. Sehubungan itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah model bagi RAJIH yang dapat berfungsi sebagai pusat sehenti dalam penyelidikan dan latihan melaui inovasi teknologi moden. Model ini akan merangkumi cadangan strategi pengurusan operasi, pembangunan modul latihan pembimbing haji, sokongan kewangan yang mampan, serta integrasi platform digital dan fizikal dalam pengurusan haji. Dengan pelaksanaan model ini, TH melalui RAJIH berpotensi memperkukuh kedudukannya sebagai pusat kecemerlangan haji antarabangsa yang memberi manfaat bukan sahaja kepada jemaah dalam negara, tetapi juga kepada umat Islam di seluruh dunia. SOROTAN LITERATUR Pengurusan Ibadat Haji di Malaysia dan Dunia Pengurusan ibadat haji adalah antara urusan ibadah yang paling kompleks di dunia kerana melibatkan jutaan jemaah dalam satu masa. Malaysia melalui Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan antara institusi terawal yang menyusun secara sistematik aspek kewangan, logistik dan bimbingan haji sejak penubuhannya pada tahun 1963. Menurut laporan rasmi TH, pengurusan haji merangkumi simpanan, pelaburan, kursus bimbingan, penyediaan kemudahan di tanah suci serta kawalan kos yang ditanggung oleh jemaah (Tabung Haji, 2024). Kajian oleh Mannan (2009) menegaskan bahawa pengurusan dana haji Malaysia unik kerana mengintegrasikan peranan kewangan Islam dengan ibadat, menjadikannya model berbeza daripada negara lain yang biasanya memisahkan fungsi kewangan dan operasi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=