E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 270 PEMBANGUNAN MODEL PUSAT RUJUKAN DAN KECEMERLANGAN IBADAT HAJI ANTARABANGSA (RAJIH): SATU CADANGAN 1 Muhammad Ikhlas Rosele ( corresponding author ) , 2 Saadan Man , 3 Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar , 4 Muhammad Safwan Harun , 5 Mohammad Taqiuddin Mohamad , ⁶ Mohd Edil Abd Sukor , ⁷ Norjihan Abdul Ghani , ⁸ Muhammad Syafiq Mohd Shukri 1,2,3,4,5,6,7,8 Universiti Malaya, Malaysia Emel : ikhlas@um.edu.my, ABSTRAK Dalam pengurusan Tabung Haji sememangnya tidak dinafikan wujud beberapa perkara yang perlu ditambah baik dan dilakukan penyelidikan berterusan. Justeru itu, satu pusat kecemerlangan atau pusat penyelidikan yang menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan pengurusan Tabung Haji dari pelbagai aspek sebagai satu sistem sokongan telah ditubuhkan oleh Lembaga Tabung Haji untuk memenuhi tuntutan tersebut. Oleh itu Model Pusat Rujukan dan Kecemerlangan Ibadat Haji Antarabangsa (RAJIH) adalah satu cadangan yang tepat. Kajian ini akan mencadangkan satu model yang menggabungkan beberapa aspek seperti Pendekatan Operasi, Program, Kajian, Sokongan Kewangan, dan Integrasi Platform Digital serta Fizikal dalam Pengurusan Aktiviti RAJIH secara global. Kajian dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan data-data perpustakaan, temubual, Focus Group Discussion dan penandaarasan. Kemudian data tersebut dianalisis secara analisis kandungan, analisis SWOT dan analisis tematik. Model yang dibangunkan ini adalah dalam bentuk cadangan dengan data-data yang dipercayai dan boleh dipegang untuk rujukan dalam pengurusan RAJIH kelak. Kata Kunci: Tabung Haji, Pusat Kecemerlangan, RAJIH PENDAHULUAN Ibadat haji merupakan rukun Islam kelima yang memiliki dimensi rohani, sosial, ekonomi dan pengurusan yang sangat kompleks. Kejayaan pengurusan ibadat ini tidak hanya bergantung kepada aspek spiritual tetapi juga melibatkan penyediaan logistik, keselamatan, kesihatan, pendidikan jemaah serta sokongan teknologi maklumat. Malaysia melalui Lembaga Tabung Haji (TH) telah menjadi perintis dalam pengurusan haji moden sejak 1963, berfungsi bukan sahaja sebagai institusi kewangan Islam untuk simpanan bakal haji, tetapi juga sebagai pengurus operasi dan penyelaras latihan ibadat. Menurut laman rasmi TH, pengurusan haji dijalankan secara menyeluruh meliputi perancangan logistik, bimbingan ibadat dan penyediaan perkhidmatan menyeluruh kepada jemaah (Tabung Haji, 2024). Kejayaan TH turut menjadikan Malaysia sebagai model pengurusan haji yang dikagumi di peringkat antarabangsa (Mannan, 2010). Walau bagaimanapun, TH telah mengenalpasti beberapa cabaran kritikal yang dihadapi dalam memastikan keberkesanan pengurusan ibadat haji. Pertama, wujudnya fragmentasi ilmu apabila penyelidikan berkaitan haji tersebar dalam pelbagai institusi tanpa pusat penyelarasan yang dapat bertindak sebagai pusat sehenti untuk mengintegrasikan kajian, latihan, fatwa dan inovasi. Kedua, cabaran pengurusan kerumunan (crowd management) menjadi semakin mendesak kerana peningkatan jumlah jemaah setiap tahun. Kajian menunjukkan bahawa tingkah laku kolektif jemaah dalam situasi padat sangat dipengaruhi oleh faktor identiti sosial dan ruang ibadat (Alnabulsi & Drury, 2014), sementara negara Arab Saudi telah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=