E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 266 Data interaksi yang besar juga memberi peluang untuk menganalisis tingkah laku jemaah misalnya dapat mengenal pasti soalan paling kerap ditanya tentang haji & umrah. Ini boleh digunakan oleh agensi pengurusan haji untuk menambah baik kursus manasik, bahan latihan digital, serta meningkatkan pengetahuan jemaah tentang realiti sebenar ketika berada di Tanah Suci. Disini dinyatakan juga pandangan ulama kontemporari mengenai penggunaan AI secara umum dalam penyampaian fatwa dan hukum. Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi (1997), من الوسائل النافعة في تبليغ الدعوة، أو في ف إن الوسائل تتغير بتغير الأزمنة والأمكنة، ولا حرج على المسلمين أن يستعينوا بما جد هم النصوص، أو في استنباط الأحكام، ما دامت لا تصادم نصًا شرعيًا ولا قاعدة قطعية Maksudnya; sesungguhnya wasilah (alat dan sarana) berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Tidak ada larangan bagi umat Islam untuk memanfaatkan segala peralatan baharu yang bermanfaat dalam menyampaikan dakwah, memahami nas, atau menetapkan hukum, selama mana tidak bertentangan dengan nas syarak atau kaedah qat‘i. Berdasarkan kenyataan ini maka penggunaan chatbot dan AI dalam merungkai persoalan hukum- hakam agama adalah dibenarkan selagi tidak bercanggah dengan ketetapan syariat. Penggunaan ini turut disokong oleh Mufti Republik Arab Mesir, Dr. Nazir Muhammad Ayyad yang mengatakan penggunaan AI mempunyai implikasi positif dan negatif dalam merungkai fatwa dan persoalan-persoalan agama. Melihat kepada aspek yang positif beliau menegaskan ia perlu kepada pengawasan dan ketelitian dalam isu hukum, terutama penjelasan dalam Bahasa Arab dan kandungan fatwa supaya tidak terjadi kesilapan (https://gate.ahram.org.eg) . Dalam konteks yang lain Dar al-Ifta Mesir menekankan bahawa walaupun AI adalah alat bantu penting yang meluas digunakan pada masa kini, proses berijtihad dan mengeluarkan pandangan hukum hendaklah disertai dengan nilai empati, hikmah, dan ia tetap menjadi milik manusia bukan robot (www.dar-alifta.org) . Menurut Prof. Koutoub Moustapha Sano, Setiausaha Agung Majma Fiqh al-Islamiy yang berpusat di Jeddah, AI berpotensi untuk mempercepatkan aktiviti penyelidikan, menggabungkan pelbagai teks-teks agama, dan mengaplikasikan hukum yang bersesuaian dengan kehendak semasa tetapi fatwa hukum mesti dikeluarkan oleh ulama yang berautoriti dan AI tidak boleh menggantikan ijtihad manusia (https://iifa-aifi.org) . Sehubungan dengan itu peningkatan mendadak penggunaan chatbot dikalangan penduduk dunia dan umat Islam secara khususnya menunjukkan potensi besar yang perlu diambil tindakan segera. Pihak yang berkaitan pengurusan haji dan umrah hendaklah memperkenalkan aplikasi chatbot bagi merungkai persoalan-persoalan yang perlu kepada jawapan segera dan sahih. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa aspek berkaitan pendidikan dan pembelajaran agama, fatwa dan bimbingan agama, serta yang bersangkutan dengan pengurusan haji dan umrah menjadi tumpuan utama penggunaan chatbot di Asia Tenggara. Berdasarkan dapatan dalam kajian ini juga jenis chatbot yang boleh dibangunkan adalah yang bersifat hybrid iaitu gabungan antara automasi dan manusia. Cadangan ini dikukuhkan oleh Sudirman et al., (2025), yang mengatakan sudah terdapat beberapa institusi sedang menguji model hybrid AI + manusia dan menegaskan bahawa sistem hybrid lebih selamat untuk diaplikasikan. Perkara ini juga dilihat dapat membuka peluang besar kepada pihak pengelola jemaah haji dan umrah untuk menyediakan aplikasi bimbingan digital interaktif hybrid tentang hukum hakam, manasik, serta panduan perjalanan, khususnya bagi jemaah haji Malaysia yang datang daripada pelbagai latar belakang sosial dan kehidupan. Ini bagi memastikan jawapan yang diberikan bukan sekadar jawapan mesin atau robot tetapi dikawal oleh manusia supaya dapat memenuhi keperluan empati dan situasi sebenar setiap individu yang bertanya. Ini penting agar ia bersifat dua hala dan bertepatan dengan kehendak manusiawi agar kelemahan dan kekurangan chatbot dapat diminimakan. Ia sekaligus dapat membantu jemaah haji dan umrah untuk mendapatkan jawapan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=