E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 267 yang sahih dan boleh diamalkan dengan yakin. Ini disokong oleh Sholeh & Bakar (2024) yang berpendapat bahawa AI berupaya meningkatkan produktiviti dan personalisasi pembelajaran, tetapi terdapat kelemahan seperti kekurangan pemahaman konteks, batasan personalisasi, serta menyebabkan interaksi manusia berkurangan. Oleh itu AI dalam pendidikan agama perlu diawasi supaya tidak menggantikan interaksi manusia dalam konteks ibadah dan penyampaian hukum. PENUTUP Kertas kerja ini diharap dapat memberi pengetahuan dan pemahaman umum mengenai penggunaan chatbot dan AI kepada para penyelidik dan pembaca secara umum. Ia merupakan kajian awal yang boleh membuka ruang untuk pengkajian lanjut yang lebih sistematik dan komprehensif. Ini kerana chatbot berasaskan AI mula digunakan secara meluas sebagai sumber untuk merungkai persoalan hukum hakam termasuklah yang berkaitan dengan haji dan umrah. Namun begitu terdapat kelemahan dan kekurangan chatbot yang tidak dapat disangkal. Justeru bagi mengatasi isu tersebut para jemaah hendaklah merujuk kepada ulamak, pakar dan secara spesifik PEKTA dan PIHTAS di bahagian bimbingan Tabung Haji dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada jawapan daripada chatbot semata-mata. Tuntasnya chatbot dan AI tidak boleh menggantikan manusia dalam berijtihad dan mengeluarkan pandangan hukum agar kesahihan hukum dapat dipelihara bagi menjamin kesahan pelaksanaan ibadah haji dan umrah. Ia hanyalah alat sokongan, bukan sumber hukum utama. Pandangan ulama dan agamawan tetap menjadi autoriti muktamad dalam menentukan hukum hakam haji dan umrah. Untuk itu, Penulis mencadangkan supaya diadakan kajian lanjut mengenai integrasi antara AI dan agamawan dalam menyediakan aplikasi chatbot untuk menjawab kemusykilan agama agar dapat dimanfaatkan oleh umat Islam dalam pelbagai lapangan kehidupan. Dalam konteks ibadah haji dan umrah secara khususnya ia hendaklah diselarikan dengan keputusan hukum daripada Muzakarah Haji Kebangsaan agar tidak menimbulkan kekeliruan dikalangan jemaah yang rata-rata tidak begitu arif dengan persoalan hukum haji dan umrah. Penghargaan: Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak Lembaga Tabung Haji atas kesudian menaja kehadiran ke Muzakarah Haji Kebangsaan (MHPK 2025) dan membentangkan kertas kerja di Persidangan Serantau Manasik Haji (Manasik 2025). Tidak dilupakan juga kepada Rektor dan pihak pengurusan Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor yang telah memberi pelepasan untuk menghadiri seminar ini. RUJUKAN 1. Ab Rahim, S. F., Ab Rahman, M. F., Abdullah Thaidi, H. A., Nik Mohd Azimi, N. N. M. A., & Jailani, M. R. (2025). Artificial intelligence for fatwa issuance: Guidelines and ethical considerations . Journal of Fatwa Management and Research , 30(1), 76 – 100. 2. Abdulrahman, M. M., & Walusimbi, A. H. M. (2024). Examining the role of artificial intelligence (GPT- 3.5) in issuing fatwās for Islamic family cases: A comparative analysis . Journal of Contemporary Islamic Law , 9(2), 30 – 38. 3. Adamopoulou, E., & Moussiades, L. (2020). An overview of chatbot technology. IFIP Advances in Information and Communication Technology, 584 , 373 – 383. 4. Ahmed, S. (2024). Fatwā and AI: A literature -based assessment on how AI impacts the role of the muftī. Journal for Islamic Studies , 42 (1-2), 1-19. 5. Al-Kandari, A. A., & Dashti, A. (2014). Fatwa and the internet: A study of the influence of Muslim religious scholars on internet diffusion in Saudi Arabia. Prometheus: Critical Studies in Innovation , 32(2), 127 – 144. Al-Nawawi, Y. ibn S. (2021). Al- Idāḥ fī manāsik al - ḥajj wal - ‘umrah . Jeddah: Dār al - Minhāj. 6. Alqahtani, F. A. (2022). Artificial intelligence and fatwas: The future of Islamic jurisprudence in the digital age. Journal of Islamic Ethics, 6 (2), 211 – 229.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=