E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 265 Aspek Kelebihan Chatbot Kelemahan Chatbot Privasi & Data Membantu mengurus maklumat peribadi jemaah seperti lokasi, jadual, kesihatan. Risiko pencerobohan privasi dan kebocoran data jika tidak dikawal. Kebergantungan Membantu jemaah berdikari tanpa menunggu PEKTA/PIHTAS. Boleh menyebabkan ketergantungan berlebihan hingga mengabaikan ulama/kitab turath. Jadual 4 di atas menjelaskan kelebihan dan kelemahan penggunaan chatbot dan AI dalam merungkai persoalan hukum hakam haji dan umrah. Ia dapat diperjelaskan berdasarkan item-item yang berikut; Pertama akses kepada maklumat pantas dan boleh dijawab pada setiap masa dan di mana-mana sahaja tetapi berkemungkinan jawapan tidak sahih atau tidak lengkap dari sudut fiqh. Kedua dari segi penggunaan dan kos, chatbot dapat digunakan oleh jutaan jemaah dengan serentak dengan kos yang rendah ataupun percuma namun terdapat kekangan kepada golongan warga emas, OKU pendengaran dan golongan buta teknologi untuk menggunakannya. Ketiga dari sudut bahasa dan terjemahan chatbot dan AI dapat menyokong pelbagai bahasa utama di dunia seperti Arab, Inggeris dan Melayu akan tetapi berisiko salah terjemah doa dan istilah fiqh. Keempat dalam konteks ibadah ia boleh memberi panduan tentang amalan ibadah umum seperti doa, arah kiblat, lokasi masyair akan tetapi tidak dapat memenuhi kehendak individu yang sakit, uzur, dan dalam keadaan darurat. Kelima dari sudut bimbingan hanya sesuai untuk maklumat praktikal seperti jadual perjalanan, peta dan bacaan doa tetapi tiada nilai-nilai empati atau sentuhan rohani seperti mana bimbingan oleh PEKTA/PIHTAS. Keenam dari segi ketepatan memberikan jawapan, fatwa chatbot boleh diprogramkan agar selari dengan fatwa rasmi dan dokumen autoritatif tetapi risiko kesilapan dalam penetapan hukum jika berlaku tanpa kawalan. Keenam dari aspek privasi dan data, chatbot dapat membantu mengurus maklumat peribadi jemaah seperti lokasi hotel penginapan, jadual pergerakan jemaah dan maklumat kesihatan akan tetapi terdedah kepada pencerobohan privasi dan kebocoran data. Ketujuh aspek kemandirian dan kebergantungan di mana chatbot dapat membantu jemaah berdikari tanpa menunggu PEKTA/PIHTAS tetapi ia boleh menyebabkan kebergantungan mutlak dan mengabaikan pandangan ulama serta kitab-kitab rujukan yang autentik. Dapatan 7: Implikasi Penggunaan Chatbot Dan AI Jadual 5 : Implikasi Penggunaan Chatbot dan AI Aspek Implikasi Akses Maklumat Ibadah Secara Segera Wujudnya kebergantungan masyarakat dunia terhadap chatbot sebagai sumber maklumat harian. Risiko Kesahihan Fatwa Digital Ketepatan jawapan boleh dipertikaikan Data interaksi yang besar dapat mengenal pasti soalan paling banyak ditanya oleh jemaah Pihak Pengurusan haji dan umrah dapat melakukan tindakan pembetulan dan penambahbaikan yang bersesuaian Sumber: Alrawi & Sabouni, 2022; Rahman 2021; AlQahtani & Bajnaid, 2021. Jadual 5 di atas menerangkan tentang implikasi penggunaan chatbot dan AI kepada jemaah haji dan umrah di mana mereka dapat mengakses pelbagai maklumat ibadah dengan cepat dan kini menjadi rujukan dan sumber maklumat harian. Selain itu walaupun chatbot mampu menjawab berjuta-juta pertanyaan setiap hari, terdapat keraguan tentang ketepatan jawapan yang diberikan, berlaku juga penyampaian hukum yang salah atau tidak lengkap yang boleh memberi kesan kepada kesahan ibadah. Oleh itu ia memerlukan suatu mekanisme kawalan oleh pihak pakar agar chatbot hanya berfungsi sebagai alat bantu, bukan pengganti autoriti syariah. Hashim & Yusof, (2022) berpendapat perlu ada garis panduan yang jelas agar tidak mengabaikan prinsip ihtiyati (berhati- hati) dalam ibadah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=