E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 264 Ijtihad & Fiqh Tidak mampu berijtihād, hanya ulang corak data. Berijtihad berdasarkan ilmu usul fiqh qawaid fiqh & maqaṣid syariah. Konteks Sosial Tidak faham situasi darurat, maslahat, atau adat setempat. Faham konteks masyarakat, uruf, maqaṣid syariah. Kualiti Jawapan Literal, berisiko salah atau bercampur mazhab. Tepat, disertai nasihat, hikmah & tarbiyah. Etika & Nilai Kesopanan Tidak boleh menyantuni emosi manusia. Menyampaikan hukum dengan kasih sayang & hikmah. Risiko Penyalahgunaan Mudah di manipulasi, boleh sebar fatwa palsu. Fatwa diikat prosedur ketat & semakan. Sumber: Usmonov, 2024; Irsyad & Permadi, 2025; Ahmed, 2024; Malik et al., 2025; MUI, 2025; Cholil Nafis, 2025; Usmonov, 2024. Jadual 3 di atas menunjukkan kelemahan aplikasi chatbot berbanding jawapan ulama dan agamawan. Pertama dari segi niat dan nilai spritual chatbot tidak memiliki unsur niat dan nilai kerohanian seperti nilai takwa dan tawaduk kerana ia adalah aplikasi teknikal sahaja. Sedangkan ulama dan pakar rujuk adalah manusia yang boleh membantu untuk mengikhlaskan niat, bertakwa dan khusyuk dalam beribadah. Kedua, dari aspek ijtihad chatbot tidak mampu berijtihad sedangkan ulamak mampu berijtihad berdasarkan nas, kaedah usul fiqh, qawaid fiqh dan maqaṣid syariah. Ketiga dalam konteks sosial, chatbot tidak memahami konsep darurat, maslahat, atau adat setempat sebaliknya ulama mengetahui konteks masyarakat, uruf,dan maqaṣid syariah. Keempat dari sudut kualiti jawapan, chatbot bersifat literal, berisiko salah atau bercampur dengan pelbagai pandangan mazhab berbanding jawapan ulama tepat, disertai nasihat, hikmah dan aspek penyucian jiwa. Kelima dari sudut etika dan nilai-nilai kesopanan chatbot tidak boleh menyantuni emosi manusia sedangkan ulama dapat menyampaikan fatwa hukum dengan penuh kasih sayang dan berhikmah. Keenam berhadapan dengan risiko penyalahgunaan, data mudah di manipulasi, dan boleh menyebarkan fatwa palsu. sedangkan fatwa mufti dan pandangan hukum tertakluk kepada prosedur ketat yang kemudian disemak dan disahkan. Dapatan 6: Kelemahan dan Kelebihan Chatbot dalam Konteks Hukum-hakam Haji dan Umrah Jadual 4: Kelebihan dan Kelemahan Aplikasi Chatbot dalam Merungkai Persoalan Haji dan Umrah Aspek Kelebihan Chatbot Kelemahan Chatbot Akses Maklumat Memberi jawapan pantas setiap masa dimana-mana sahaja. Jawapan mungkin tidak sahih atau tidak lengkap dari sudut fiqh. Penggunaan & Kos Boleh digunakan oleh jutaan jemaah serentak dengan kos rendah. Warga emas, OKU dan golongan buta teknologi tidak dapat menggunakannya Bahasa & Terjemahan Menyokong pelbagai bahasa global (Arab, Inggeris, Melayu). Berisiko salah terjemah doa dan istilah fiqh. Konteks Ibadah Boleh memberi panduan umum (doa, arah kiblat, lokasi manasik). Tidak memahami kehendak individu yang sakit, uzur, dan keadaan darurat. Ketepatan Fatwa Boleh diprogramkan dengan fatwa rasmi dan dokumen autoritatif. Risiko kesilapan dalam penetapan hukum jika model dilatih dengan data umum tanpa kawalan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=