E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 263 Jenis Chatbot Ciri Utama Kelemahan Kesesuaian dalam Haji & Umrah AI-based (NLP/ML) Faham bahasa semula jadi. Boleh belajar dari data & interaksi. Risiko jawapan salah. Boleh bercanggah dengan fatwa Negeri atau Muzakarah Haji Kebangsaan Sesuai untuk panduan interaktif (bacaan doa, tunjuk arah, hukum umum). Hybrid Gabungan rule-based dan AI. Ada kawalan & fleksibiliti. Perlukan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang tinggi. Paling sesuai: panduan hukum + praktikal dengan semakan pihak berautoriti seperti Pakar Rujuk JAKIM dan PIHTAS (contoh: bacaan doa tawaf, hukum dam). Voice-enabled Input & output suara. Mudah untuk warga emas atau buta huruf. Masalah gangguan bunyi bising di Tanah Haram & peralatan yang bersesuaian & perlu sambungan internet. Sesuai untuk bimbingan segera (contoh: sebut doa sa’ie ketika sedang berjalan). Contextual Faham sejarah interaksi & profil jemaah.- Jawapan lebih peribadi. Perlukan data besar & sensitif. Risiko privasi. Sesuai untuk bimbingan individu (contoh: fatwa khas jemaah uzur/sakit). Sumber:Shambour, Q., & Gutub, A. (2022); Alqahtani, A. (2022); Adamopoulou, E., & Moussiades, L. (2020). Jadual 2 di atas menunjukkan jenis chatbot dan kesesuaiannya dalam menjawab persoalan berkaitan hukum hakam haji dan umrah. Pertama jenis rule based yang berdasarkan kepada skrip & pola if – then . Jenis ini memberikan jawapan yang tetap dan terhad. Ia sesuai untuk soalan FAQ asas seperti jadual perjalanan haji dan umrah, lokasi maktab, prosedur dam sahaja kerana jawapan yang diberikan tidak fleksibel dan tidak boleh memahami soalan di luar skrip. Kedua jenis AI based yang mana chatbot tersebut boleh memahami bahasa semula jadi yang dianalisis daripada data interaksi pengguna walau bagaimanapun berisiko memberikan jawapan yang salah dan bercanggah dengan fatwa Negeri atau Muzakarah Haji Kebangsaan. Ini kerana ia sesuai untuk panduan interaktif seperti bacaan doa ketika tawaf dan saie, penunjuk arah dan jawapan hukum secara umum. Ketiga jenis chatbot hybrid iatu yang mengabungkan chatbot rule-based dan AI. Ia dilihat paling sesuai untuk menjawab persoalan berkaitan hukum hakam haji dan umrah kerana dapat memberikan panduan hukum dengan semakan pakar rujuk haji ataupun PIHTAS. Ini kerana ia dapat dikawal oleh pihak yang berautoriti dan jawapan yang diberikan juga fleksibel. Sungguhpun begitu penyediaan chatbot seperti ini memerlukan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang tinggi. Keempat jenis voice-enabled iaitu input dan output suara. Ia memudahkan golongan warga emas, oku penglihatan dan buta huruf untuk mendapat bimbingan segera berkenaan doa ketika sedang mengerjakan saie sebagai contohnya. Kelima jenis contextual yang dapat memahami latarbelakang dan profil jemaah sehingga jawapan yang diberikan bersesuian dengan kehendak peribadi akan tetapi perlukan data peribadi yang besar dan boleh menggangu privasi. Chatbot seperti ini sesuai untuk menyediakan bimbingan individu seperti fatwa khas untuk jemaah uzur dan sakit. Dapatan 5: Kelemahan Penggunaan Aplikasi Chatbot Dan AI Jadual 3: Kelemahan penggunaan aplikasi chatbot dan AI berbanding pandangan ulamak dan agamawan Aspek AI / Chatbot Ulama / Agamawan Niat & Spritual Tidak memiliki niat, taqwa, khusuʿ. Hanya alat teknikal. Membantu menghadirkan niat ikhlas, taqwa & pendidikan adab ketika beribadah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=