E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 262 Berdasarkan Rajah 2 di atas populasi umat Islam di seluruh dunia dianggarkan akan mencecah 2.8 billion orang menjelang tahun 2050. Justeru itu pengguna internet di kalangan umat Islam juga turut meningkat kepada 1000 juta pengguna pada tahun 2025. Di Negara-negara Teluk pelayaran kepada aplikasi Youtube misalnya meningkat kepada 31 juta pengguna diikuti aplikasi Instagram lebih 26 juta pengguna dan Facebook 25 juta pengguna. Selain itu beberapa pola penggunaan media sosial juga turut dikenal pasti terutama di Negara Asia. Dari jumlah tersebut sebanyak 45% penggunaan di Bulan Ramadan yang merupakan jumlah tertinggi, manakala 30% untuk belajar agama dan baki 25% untuk menyebar amalan kebaikan. Dapatan 3: Tujuan Penggunaan Chatbot Di Asia Tenggara Jadual 1: Tujuan Penggunaan Chatbot di Negara Asia Bidang / Tujuan Huraian Khidmat Pelanggan & Perniagaan Digunakan secara meluas dalam sektor e-dagang, perbankan, dan pelancongan untuk menjawab soalan segera, menyokong pelanggan 24/7, dan mengurangkan kos operasi. Kesihatan Digital Chatbot kesihatan berfungsi memberi maklumat awal mengenai penyakit, rawatan, serta sokongan kesihatan mental, terutama di negara seperti China, India, dan Singapura. Pendidikan & Pembelajaran Agama Digunakan untuk menyediakan modul pembelajaran kendiri, termasuk panduan interaktif Haji & Umrah (contoh: aplikasi VR dan chatbot bimbingan ibadah). Fatwa & Bimbingan Agama Chatbot digunakan untuk menjawab soalan asas hukum syarak, memberi panduan awal tentang ibadah, tetapi tetap di bawah pengawasan mufti. Pengurusan Haji & Umrah Chatbot digunakan untuk membantu jemaah antarabangsa mengurus perjalanan, memahami manasik, dan mengurangkan beban pertanyaan berulang di kaunter rasmi. Sektor Awam & Kerajaan Banyak kerajaan di Asia (contoh: Singapura, Malaysia, UAE) menggunakan chatbot untuk menyediakan info dasar, e-perkhidmatan, dan komunikasi dengan rakyat. Sumber: Alzahrani & Algethami, (2025); Alqahtani, (2022); Salleh et al., (2021); Luo et al., (2019); Adamopoulou, & Moussiades, (2020); Bibault et al., (2019) . Berdasarkan Jadual 1 di atas beberapa bidang dan tujuan penggunaan chatbot dikenal pasti di Asia. Antaranya untuk memenuhi keperluan khidmat pelanggan dan perniagaan seperti dalam sektor e-dagang, perbankan, dan pelancongan. Kedua, chatbot dapat memberi maklumat awal mengenai penyakit, rawatan, serta sokongan kesihatan mental, terutama di Negara China, India, dan Singapura. Dalam konteks pendidikan dan pembelajaran Agama chatbot digunakan untuk menyediakan modul pembelajaran kendiri, termasuk panduan interaktif haji & umrah contohnya aplikasi VR dan chatbot bimbingan ibadah. Dalam konteks fatwa dan bimbingan agama pula chatbot digunakan untuk menjawab soalan asas hukum syarak, memberi panduan awal tentang ibadah dan lain-lain. Dalam konteks pengurusan haji dan umrah chatbot membantu jemaah untuk menguruskan perjalanan ke Tanah Suci, memahami kaedah pelaksanaan manasik dan lain-lain yang berkaitan. Bagi sektor awam dan kerajaan pula beberapa negara di Asia seperti Singapura, Malaysia dan UAE telah menggunakan chatbot untuk menyediakan info dasar, e-perkhidmatan, dan komunikasi kepada rakyat. Dapatan 4: Jenis-Jenis Aplikasi Chatbot Dan Kesesuaiannya Dengan Hukum-Hakam Haji Dan Umrah Jadual 2: Jenis-Jenis Aplikasi Chatbot Dan Kesesuaiannya Dengan Hukum-Hakam Haji Dan Umrah Jenis Chatbot Ciri Utama Kelemahan Kesesuaian dalam Haji & Umrah Rule-based Berdasarkan skrip & pola if – then . Jawapan tetap & terhad. Tidak fleksibel. Tidak boleh faham soalan luar skrip. Sesuai untuk FAQ asas seperti jadual perjalanan, lokasi maktab, prosedur dam.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=