E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 26 4. Perbincangan Fokus (FGD): Sesi kumpulan fokus dijalankan bersama tenaga penggerak PEKTA bagi menilai keberkesanan modul sedia ada dan potensi integrasi teknologi AI. Metodologi ini membolehkan analisa dibuat secara triangulasi – iaitu mengesahkan dapatan melalui pelbagai sumber dan pendekatan, sekali gus meningkatkan kebolehpercayaan hasil kajian. 4. Analisa Strategik Berdasarkan data lapangan, analisa strategik PEKTA boleh dirumuskan seperti berikut: • Kekuatan (Strengths): Tarbiah rohani yang mendalam, disiplin lapangan, serta hubungan erat dengan jemaah. • Kelemahan (Weaknesses): Literasi digital tidak seragam, modul krisis terhad, sistemmerit kurang telus. • Peluang (Opportunities): Integrasi teknologi AI, VR/AR, dan LMS untuk memperluas skala bimbingan serta personalisasi pembelajaran. • Ancaman (Threats): Kos teknologi yang tinggi, ketergantungan vendor, dan risiko kehilangan sentuhan tarbiah tradisi sekiranya terlalu digitalisasi. Analisis SWOT ini menggariskan bahawa PEKTA berpotensi besar untuk berkembang sebagai model hibrid tarbiah + teknologi yang bukan sahaja menyelesaikan cabaran semasa, tetapi juga membuka jalan ke arah standard antarabangsa. Ringkasnya, Analisa Kajian menunjukkan bahawa kekuatan PEKTA dalam aspek spiritual dan lapangan boleh diperkasa melalui teknologi pintar. Dengan strategi berfasa yang jelas, PEKTA berupaya melangkaui model konvensional kepada ekosistem bimbingan haji era AI yang inklusif, responsif, dan global. Dapatan Kajian 1. Kekuatan PEKTA Kajian lapangan membuktikan bahawa PEKTA mempunyai nilai tambah yang signifikan dalam bimbingan haji berbanding pendekatan konvensional. Antara kekuatan utama ialah: • Komitmen spiritual tinggi: Tenaga PEKTA bukan sekadar menyampaikan ilmu fiqh, tetapi turut menekankan aspek tarbiah rohani dan pembinaan akhlak jemaah. • Disiplin lapangan mantap: Melalui pengalaman praktikal di lapangan, pembimbing menunjukkan kecekapan dalam mengurus jemaah, termasuk ketika ibadah besar seperti tawaf, sa’ie, dan wukuf. • Hubungan mesra dengan jemaah: Sentuhan insan (human touch) melalui bimbingan bersemuka menjadikan PEKTA dekat dengan hati jemaah, sekaligus meningkatkan keyakinan dan keberkesanan penyampaian. • Potensi global: Model PEKTA yang hibrid (tarbiah + teknologi) memberi nilai strategik untuk dijadikan rujukan antarabangsa, selaras dengan usaha Malaysia membina reputasi dalam ekosistem bimbingan haji era digital. 2. Jurang dan Kekangan Kajian juga mendedahkan beberapa kelemahan dan cabaran yang perlu ditangani agar PEKTA terus relevan dan mampan: • Literasi digital tidak seragam: Sebahagian pembimbing berkemahiran ICT rendah, menyebabkan penggunaan platform digital belum optimum.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=