E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 25 1. Konteks dan Keperluan Semasa PEKTA (Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air) telah menjadi tonggak penting dalam ekosistem bimbingan haji di Malaysia. Fokus utama PEKTA ialah tarbiah rohani dan disiplin lapangan, dengan pendekatan bersemuka yang menekankan fiqh ibadah, amalan praktikal, dan psikospiritual jemaah. Walau bagaimanapun, hasil pemerhatian menunjukkan wujudnya jurang kritikal: • Jurang digital: Sebahagian besar tenaga PEKTA masih belum mempunyai literasi teknologi yang seimbang. • Kekangan modul krisis: Modul khusus bagi pengurusan kecemasan haji (contoh: sesak, hilang, kesihatan) belum diwujudkan secara menyeluruh. • Sistem merit: Penilaian kompetensi dan prestasi pembimbing kurang data-informed dan bergantung kepada kaedah konvensional. • Pasca pandemik: Jemaah kini lebih celik maklumat, bergantung kepada teknologi digital, serta menuntut bimbingan yang interaktif dan fleksibel. Analisis ini menegaskan bahawa transformasi bersepadu perlu dilaksanakan agar PEKTA terus relevan dan berdaya saing dalam konteks global. 2. Perbandingan Antarabangsa Kajian mendapati bahawa model bimbingan haji di beberapa negara Islam menunjukkan kepelbagaian pendekatan yang berasaskan inovasi digital: • Indonesia – Aplikasi Haji Pintar: Menyediakan maklumat asas, panduan logistik, dan interaksi maya. Kelemahannya ialah kurang memberi perhatian kepada aspek tarbiah spiritual bersemuka. • Turki – E-learning & Simulasi VR: Menyediakan pengalaman simulasi ibadah yang realistik melalui VR. Namun, pendekatan ini memerlukan kos infrastruktur tinggi dan agak mencabar untuk dilaksanakan di skala kebangsaan. • Maghribi – Chatbot & Analitik Data: Menggunakan AI untuk menjawab soalan fiqh haji serta menilai tahap kefahaman jemaah. Cabarannya ialah keperluan kurasi fatwa dan keseragaman kandungan. • Malaysia – PEKTA: Menawarkan pendekatan hibrid yang unik, iaitu gabungan tarbiah rohani, fiqh, psikospiritual, disiplin lapangan, dan inovasi teknologi (LMS, chatbot, VR/AR). Pendekatan ini seimbang antara tradisi dan inovasi. Analisis perbandingan ini menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai kelebihan strategik untuk muncul sebagai model rujukan global. 3. Metodologi Kajian Bagi memastikan analisa menyeluruh, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kajian tindakan (action research). Empat kaedah utama telah diaplikasikan: 1. Pemerhatian Lapangan: Dilakukan sepanjang tiga musim haji (2022 – 2024), melibatkan sesi taklimat, simulasi praktikal, dan pengurusan krisis sebenar di lapangan. 2. Temu Bual Separa Struktur: Bersama tenaga PEKTA pelbagai negeri, pengurus sektor Tabung Haji, serta pakar akademik untuk mendapatkan perspektif mendalam. 3. Analisis Dokumen: Meneliti modul rasmi latihan Tabung Haji, laporan pelaksanaan PIHTAS, serta garis panduan ibadat haji di Malaysia dan negara Islam lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=