E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 259 Justeru, kajian ini dilakukan bagi melihat potensi chatbot berasaskan AI serta kelemahan dan implikasinya dalam merungkai persoalan hukum hakam agar dapat menjadi rujukan tambahan kepada para jemaah haji dan umrah. Penulisan kertas kerja ini dibahagikan kepada tajuk berkaitan pendahuluan, sorotan literatur, metodologi penulisan, dapatan berkaitan potensi, kelemahan dan implikasi chatbot berserta perbincangan, penutup, penghargaan dan senarai rujukan. SOROTAN LITERATUR Kajian mengenai penggunaan AI dan chatbot dalam bidang keagamaan, fatwa, haji dan umrah menunjukkan perkembangan pesat dengan potensi besar, namun berdepan pelbagai cabaran dan implikasi yang perlu ditangani. Dalam tajuk sorotan literatur ini, Penulis membahagikan kepada potensi, kelemahan dan implikasi penggunan AI dan chatbot secara khusus. 1. Potensi Penggunaan AI dan Chatbot AI telah mempercepat capaian ilmu melalui sistem pembelajaran digital yang bersifat interaktif dan personalized learning , termasuk modul khusus berkaitan manasik Haji dan Umrah (Adamopoulou & Moussiades, 2020). Dalam pengurusan fatwa, chatbot berfungsi sebagai medium interaktif untuk mengurus soalan berulang, mempercepat penyampaian maklumat hukum dan mengurangkan beban institusi fatwa (Malik et al., 2025). Dalam konteks ibadah Haji dan Umrah, teknologi VR terbukti efektif dalam latihan amali ibadah (Salleh et al., 2021), manakala IoT diaplikasikan untuk logistik, pemantauan kesihatan, dan kebersihan (Shambour & Gutub, 2022; Al Qurashi et al., 2025). Selain itu, algoritma ML digunakan untuk mengurus kesesakan di kawasan tawaf dan sa‘ie, sekali gus meningkatkan keberkesanan kawalan jemaah (Alzahrani & Algethami, 2025; Shah, 2025). Dari sudut organisasi, integrasi teknologi digital memperkukuh keberkesanan operasi agensi haji dan umrah (Rossitika & Mudjahidin, 2024). 2. Kelemahan dan Cabaran Walaupun berpotensi, penggunaan AI dalam konteks hukum syarak mempunyai keterbatasan. Risiko utama ialah ketidakakuratan jawapan atau fenomena “ hallucination ” yang boleh menjejaskan kefahaman hukum agama (Wahid, 2025). AI juga masih gagal memahami perbezaan mazhab, prinsip maqāṣid al - sharīʿah, dan konteks masyarakat (Alqahtani, 2022; Abdulrahman et al., 2024). Dari sudut etika, algoritma AI terdedah kepada bias dan isu kebolehpercayaan (Hayat et al., 2024; Karimullah, 2023). Tambahan pula, penerimaan masyarakat terhadap fatwa berpaksikan AI masih rendah. Kajian Tsourlaki (2022) menunjukkan 96.3% responden menolak fatwa yang dikeluarkan komputer tanpa penglibatan ulama, menandakan wujud jurang kepercayaan yang signifikan. 3. Implikasi Hasil daripada perkembangan dan cabaran ini, para sarjana menegaskan bahawa AI hanya wajar dijadikan alat sokongan dalam penyampaian hukum, bukan pengganti autoriti ulama (Mohammed, 2025; Ab Rahim et al., 2025). Justeru, diperlukan kerangka etika dan standardisasi yang jelas, diselia oleh institusi fatwa, bagi memastikan penggunaan AI tidak bercanggah dengan prinsip syariah (Ab Rahim et al., 2025; Abdulrahman & Walusimbi, 2024). Selain itu, pendekatan yang menggabungkan media konvensional dengan platform digital lebih berkesan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=