E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 260 dalam menyampaikan fatwa kepada masyarakat awam (Ibnu Azka & Fathur, 2025). Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang penyelidikan khusus dalam dimensi hukum syarak serta tahap kebergantungan jemaah terhadap AI ketika beribadah, yang memerlukan kajian lanjut. Meskipun kajian-kajian ini menunjukkan kemajuan dalam penggunaan teknologi digital untuk meningkatkan keberkesanan dan keselamatan jemaah haji dan umrah, jurang penyelidikan masih wujud. Pertama, kebanyakan kajian tertumpu pada aspek teknikal dan logistik, sedangkan dimensi hukum syarak dan kesahan penggunaan teknologi dalam konteks ibadah masih kurang diteliti. Kedua, kajian tentang kebergantungan jemaah terhadap AI dan implikasi ke atas autoriti ulama serta fatwa berkaitan ibadah haji dan umrah masih terbatas. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menilai potensi penggunaan chatbot berasaskan AI dalammerungkai persoalan hukum dan panduan ibadah haji dan umrah, agar teknologi ini tidak bercanggah dengan prinsip syariah serta dapat digunakan secara beretika dan sahih. Selain itu kelemahan dan potensi penggunaan chatbot berasaskan AI juga perlu diteliti untuk menjadi penemuan awal kepada kajian-kajian lain yang lebih terperinci pada masa hadapan. Ringkasnya kajian literatur menunjukkan AI mempunyai potensi besar dalam pendidikan Islam, fatwa, dan pengurusan haji & umrah, tetapi cabaran teknikal, etika, dan autoriti agama menuntut pengawasan ulama serta kerangka etika yang kukuh. METODOLOGI Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan ( content analysis ) untuk menilai potensi, kelemahan, dan implikasi penggunaan chatbot berasaskan AI dalam merungkai persoalan hukum-hakam berkaitan haji dan umrah. Reka bentuk kajian ini dipilih kerana sesuai untuk meneliti teks akademik, pandangan pakar, serta dokumen rasmi bagi memahami potensi, kelemahan, dan implikasi penggunaan c hatbot berasaskan AI bagi merungkai persoalan hukum hakam haji dan umrah yang dikemukakan oleh jemaah. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Berdasarkan kepada kajian terhadap dokumen-dokumen bertulis dan rujukan terhadap jurnal-jurnal akademik ditemukan beberapa dapatan kajian yang signifikan untuk diketengahkan dalam kertas kerja ini. Antaranya berkaitan: 1. Trend penggunaan chatbot di dunia 2. Potensi penggunaan chatbot dan media sosial kepada umat Islam 3. Tujuan Penggunaan chatbot di Asia Tenggara 4. Jenis-jenis aplikasi chatbot dan kesesuaiannya dengan hukum-hakam haji dan umrah 5. Kelemahan penggunaan aplikasi chatbot dan AI 6. Kelemahan dan Kelebihan Chatbot dalam Konteks Hukum-hakam Haji dan Umrah 7. Implikasi Penggunaan chatbot dan AI Dapatan kajian di atas dinyatakan berdasarkan rajah dan jadual yang berikut;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=