E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 258 menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan (Hadis riwayat Muslim, Hadīth no. 16, Kitāb al - Īmān, Bāb Bayān arkān al - Islām wa daʿā’imihī al - ʿuẓmā). Pelaksanaan haji dan umrah tertakluk kepada hukum-hakam yang perlu dipatuhi. Ini termasuk memenuhi segala syarat wajib, rukun, perkara wajib haji dan umrah, menjaga larangan hingga bertahallul dengan sempurna. Sebagai contohnya tidak diwajibkan haji ketika pandemik kerana tidak memenuhi syarat berkemampuan untuk mengerjakan haji yang merupakan satu daripada syarat wajib untuk mengerjakan haji dengan diri sendiri (Hanafi, 2021). Para jemaah juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai hukum-hakam pelaksanaan ibadah haji dan umrah dengan sempurna melalui pelbagai medium perolehan ilmu dan pengetahuan sedia ada. Antaranya dengan menghadiri Kursus Asas Haji yang dianjurkan secara percuma oleh pihak Bimbingan Tabung Haji di setiap negeri atau merujuk kepada PEKTA atau PIHTAS yang dilantik oleh Tabung Haji. Atau juga mengajukan persoalan melalui aplikasi e-TAIB yang mula diperkenalkan oleh Tabung Haji pada tahun 2021 bersempena Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 di Kuala Lumpur (www.tabunghaji.gov.my ). Selain itu, di era ledakan teknologi maklumat pada masa kini terdapat pelbagai aplikasi atas talian yang boleh digunakan untuk mendapatkan jawapan berkaitan persoalan hukum hakam haji dan umrah. Aplikasi chatbot misalnya adalah aplikasi perisian berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pemprosesan bahasa semula jadi (NLP) yang direka untuk meniru perbualan manusia melalui teks atau suara. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk khidmat pelanggan, pendidikan, bimbingan agama, dan sokongan teknikal. Menurut Adamopoulou dan Moussiades, (2020) chatbots are computer programs that simulate human conversations, using natural language processing (NLP) to understand and respond to users’ queries . Perkembangan ini telah membuka ruang baharu dalam bidang pendidikan Islam dan bimbingan ibadah haji dan umrah. Walau bagaimanapun tidak semua jawapan tersebut boleh terus diamalkan kerana boleh diragukan dari sudut kesahihannya. Menurut Ahmed, (2024); Abdulrahman dan Walusimbi, (2024), chatbot berasaskan AI dalam merujuk hukum hakam masih dipertikai dari segi ketepatan dan kesahihannya. Ini kerana ketiadaan nilai- nilai empati dan kefahaman yang mendalam dalam aplikasi c hatbot yang menimbulkan kebimbangan kegagalan aplikasi tersebut menangani kerumitan persoalan fiqh Islam atau memberikan jawapan yang sesuai dengan konteks soalan (Ahmed, 2024). Isu ini signifikan untuk dibincangkan kerana perkembangan penggunaan chatbot berasaskan AI dewasa ini sangat memberangsangkan dengan pengenalan pelbagai aplikasi seperti seperti Chat GPT (OpenAI), Google Gemini, Microsoft Copilot dan lain-lain. Malah aplikasi chatbot berkaitan keagamaan juga mula mendapat tempat di kalangan pengguna internet di seluruh dunia. Ini seperti Hajj & Umrah travel Companion dalam ChatGPT , Muslim AI atau Quran GPT iaitu sebuah aplikasi yang memberi tumpuan kepada bacaan, tafsir al- Quran dan soalan-soalan asas berkaitan ibadah, FatwaBot iaitu suatu aplikasi percubaan dalam talian untuk memberi panduan hukum asas Islam, Umrah and Hajj chatbot yang dibangunkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebagai aplikasi rasmi Arab Saudi mengenai panduan manasik, jadual perjalanan, dan soal jawab asas berkaitan haji & umrah. IslamicFinder AI Assistant yang menyediakan panduan waktu solat, arah kiblat, doa, dan info asas hukum ibadah. Malah pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi juga memperkenalkan guidance robot yang menggunakan AI untuk menjawab pertanyaan agama/fatwa dalam pelbagai bahasa. Robot ini berfungsi sebagai pangkalan data berintegrasi di mana jika pertanyaan tidak ada dalam pangkalan data, pertanyaan akan dihubungkan langsung kepada pakar rujuk melalui panggilan video (gulfnews.com ). Islamic Affairs and, Charitable Department (IACAD) di Dubai juga memperkenalkan Virtual Mufti untuk menjawab persoalan hukum berasaskan AI (newsarab.com) . Terkini di Malaysia NurAI dilancarkan oleh Syarikat Zetrix AI Bhd berasaskan (Large Language Model, LLM) yang pertama di dunia. Ia adalah aplikasi rujukan berkaitan undang-undang, penjagaan kesihatan, dan kewangan. termasuk tradisi keilmuan Islam seperti sejarah, falsafah Islam, serta pengajian al-Quran.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=