E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya,, Malaysia 7-8 Oktober 2025 257 PENGGUNAAN APLIKASI CHATBOT DALAM MERUNGKAI PERSOALAN HAJI DAN UMRAH 1 Mohd. Ali bin Muhamad Don, 2 Huefiros Efizi bin Husain & 3 Cecep Soleh Kurniawan Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang, Johor, Malaysia 2 Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang, Johor, Malaysia 3 Universiti Islam Sultan Syarif Ali, Brunei Darussalam Emel : 73khawarizmi@gmail.com ABSTRAK Perkembangan kecerdasan buatan (AI) telah memberi impak signifikan dalam pelbagai sektor, termasuk bidang keagamaan. Dalam konteks ibadah haji dan umrah, hukum hakam yang kompleks sering menimbulkan persoalan di kalangan jemaah, khususnya ketika berada di Tanah Suci. Kebiasaannya, persoalan tersebut diajukan terus kepada Guru Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS), atau melalui aplikasi e-TAIB yang dibangunkan oleh Tabung Haji. Namun terdapat yang mengambil jalan mudah dengan bertanya di aplikasi chatbot dan boleh diragukan kesahihannya. Justeru kertas kerja ini ingin membincangkan potensi penggunaan aplikasi chatbot, kelemahan serta implikasi penggunaannya dalam menjawab persoalan hukum hakam haji dan umrah secara khusus. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap artikel ilmiah, jurnal akademik dan laman sesawang institusi Islam yang berautoriti untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Dapatan menunjukkan, walaupun aplikasi chatbot mampu memberi jawapan segera namun ia masih mempunyai keterbatasan dari sudut keabsahan hukum, kefahaman konteks soalan yang diajukan, serta tiada nilai empati dalam memberikan jawapan. Oleh itu, chatbot wajar dilihat sebagai instrumen sokongan kepada jemaah haji dan umrah dan bukan sebagai pengganti PIHTAS ataupun golongan agamawan. Ini bagi memastikan persoalan hukum dapat dijawab dengan betul sehingga pelaksanaan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna dan diterima oleh Nya . Katakunci: Aplikasi Chatbot, Persoalan Hukum, Haji dan Umrah PENDAHULUAN Haji dan umrah adalah ibadah yang difardukan kepada setiap Muslimin sekali seumur hidup. Kewajipan ini tertakluk kepada syarat Islam, baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan untuk pergi haji sama ada dengan diri sendiri ataupun orang lain (Al-Nawawi, 2021). Hukum ini bersandarkan firman Allah SWT. . ِوَأَتِموا الْحَج وَالْعُمْرَةَ لِلِّ Maksudnya Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah (Surah al-Baqarah:196) Nabi Muhammad SAW bersabda; اا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الص بنِيَ الِِسْلًَمُ عَلَى خَمْس شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلا اللَُّ وَأَن مُحَمد ِ الْبَيْت ِلًَةِ وَإِيتَاءِ الزكَاةوَحَج وَصَوْمِ رَمَضَان َ Maksudnya Islam di dirikan di atas lima perkara bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba Nya dan pesuruh Nya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=