E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 254 sah berdaftar. JAWHAR pula tidak mempunyai kuasa undang-undang secara langsung. Hal ini membuka ruang kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk mengeksploitasi kelemahan yang ada, misalnya melalui penggunaan visa yang tidak sah untuk tujuan haji dan umrah. 3. Ketidakselarasan Polisi Perbezaan pendekatan antara agensi turut menyumbang kepada ketidakselarasan dalam pelaksanaan dasar. MOTAC memberi tumpuan kepada aspek lesen dan kawalan iklan, TH menekankan soal kebajikan dan pengurusan ibadat jemaah, sementara JAWHAR berperanan dalam penggubalan dasar umum bersama agensi agama negeri. Namun, ketiadaan penyelarasan yang tuntas adakalanya menyebabkan percanggahan, contohnya berkaitan harga minimum pakej umrah dan haji, garis panduan kesihatan, atau bentuk iklan yang dibenarkan, kualifikasi khidmat pembimbing agama khususnya dalam industri umrah. 4. Cabaran Perkongsian Data dan Maklumat Setiap agensi mempunyai pangkalan data masing-masing: MOTAC dengan rekod agensi pelancongan, TH dengan data jemaah serta PJH, dan JAWHAR dengan maklumat dasar serta laporan negeri. Namun, ketiadaan sistem maklumat yang bersepadu menyukarkan perkongsian data secara menyeluruh. Kekangan ini menyebabkan kelewatan dalam mengesan ejen bermasalah dan menyulitkan koordinasi apabila berlaku isu di lapangan. 5. Kekaburan Tanggungjawab terhadap Kebajikan Jemaah Apabila timbul masalah seperti penipuan pakej atau jemaah yang terkandas, tanggungjawab seringkali diletakkan di bahu agensi pelancongan yang terlibat. Namun begitu, tiada garis panduan yang benar- benar jelas tentang pihak mana yang harus menanggung tanggungjawab terakhir terhadap kebajikan jemaah. Hal ini boleh menimbulkan persepsi bahawa jemaah tidak dilindungi sepenuhnya, meskipun kerajaan melalui pelbagai agensi berusaha menyediakan mekanisme perlindungan. Secara keseluruhannya, kelompangan tadbir urus antara MOTAC, TH dan JAWHAR memperlihatkan keperluan kepada satu bentuk penyelarasan yang lebih mantap. Pertindihan peranan, kelemahan dalam aspek penguatkuasaan, ketidakselarasan dasar, jurang dalam perkongsian data, serta isu tanggungjawab terhadap jemaah adalah cabaran yang wajar ditangani bersama. Usaha seperti penubuhan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) pada tahun 2018 menunjukkan langkah positif ke arah koordinasi yang lebih baik, namun masih banyak ruang penambahbaikan agar pengurusan haji negara dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh, telus dan berteraskan kepentingan jemaah. Cadangan Penyelesaian Berdasarkan perbincangan, pengkaji mencadangkan dua cadangan yang boleh dipertimbangkan bagi penambahbaikkan berhubung pengurusan haji dan umrah di Malaysia a. Penyatuan Akta di bawah satu agensi Antara cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah meminda akta sedia. Tabung Haji boleh diperkasa sebagai agensi tunggal bukan sahaja untuk pengurusan haji, tetapi juga urusan umrah (dengan kuasa tambahan melalui pindaan Akta 535). Alternatif lain ialah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Haji dan Umrah Malaysia, yang berfungsi sebagai badan pengawal selia tunggal, manakala MOTAC kekal mengurus aspek pelancongan umum, dan TH lebih tertumpu kepada fungsi kewangan dan kebajikan jemaah. Dengan penyatuan ini, segala urusan lesen, pemilihan agensi, kawalan iklan, penetapan harga minimum pakej, dan perlindungan jemaah dapat dilakukan secara lebih teratur, tanpa berlaku pertindihan bidang kuasa. Namun pemindaan akta ini memerlukan suatu usaha yang besar kerana pindaan akta memerlukan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=