E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 253 penipuan pakej umrah (JAWHAR 2021). Walaupun begitu, JAWHAR berdepan keterbatasan kerana tidak mempunyai kuasa pelaksanaan di lapangan. Peranannya lebih bersifat dasar, pemantauan, dan penyelidikan (Farahana et al., 2018). Berbeza dengan TH dan MOTAC, tiada sebarang akta yang memperuntukkan kuasa bagi tujuan penguatkuasaan di dalam industri haji dan umrah. Justeru JAWHAR di dalam urusan ini hanya bertindak sebagai penyelaras dasar, advokasi serta pemantauan hal ehwal berkaitan haji dan umrah. Jadual berikut merumuskan peranan dan bidang kuasa utama ketiga-tiga agensi: Agensi Punca Kuasa Fungsi Utama Bidang Kuasa TH Akta 535 Akta Tabung Haji 1995 Pelaksana utama haji Pendaftaran, bimbingan, kewangan, logistik, kebajikan, operasi haji tanah air dan tanah suci, penyelia PJH MOTAC Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) Kawal selia syarikat pelancongan Pelesenan, penguatkuasaan undang-undang JAWHAR Tiada akta khusus Dasar, penyelarasan, pemantauan Agensi dasar kerajaan persekutuan Jadual 1: Perbandingan Fungsi dan Bidang Kuasa JAWHAR, TH dan MOTAC Pertindihan kuasa berlaku khususnya dalam kawalan pakej haji dan umrah swasta. Hal ini memerlukan mekanisme penyelarasan lebih baik agar masyarakat tidak keliru. Kajian juga menunjukkan bahawa elemen integriti operator, pengawasan berkesan, dan penyelarasan dasar antara agensi adalah kunci kepada pengurusan pakej haji dan umrah yang lebih baik (Raudhiah, 2022; Mohd Razip et al., 2022). Implikasi kepelbagaian tadbir urus dalam industri Haji dan Umrah di Malaysia Pengurusan haji di Malaysia merupakan satu proses yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Antara agensi utama yang memainkan peranan penting ialah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Lembaga Tabung Haji (TH), dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Meskipun setiap agensi mempunyai bidang kuasa yang jelas serta fungsi yang tersendiri, hakikatnya terdapat beberapa implikasi yang memerlukan penambahbaikkan dalam tadbir urus yang menuntut perhatian. 1. Pertindihan fungsi kawal selia MOTAC diberi mandat melalui Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) untuk mengawal selia agensi pelancongan termasuk pengeluaran Lesen Khas Umrah (LKU). Pada masa yang sama, TH bertanggungjawab terhadap pemilihan Pengelola Jemaah Haji (PJH) serta pengurusan kuota jemaah berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). JAWHAR pula lebih berperanan sebagai penyelaras dasar di peringkat kerajaan persekutuan. Pertindihan peranan ini, walaupun bertujuan memastikan keberkesanan pengurusan, kadangkala menimbulkan kekeliruan tentang pihak yang benar-benar berautoriti dalam aspek tertentu. 2. Jurang dalam penguatkuasaan Dari sudut penguatkuasaan, cabaran utama terletak pada keterbatasan bidang kuasa. MOTAC hanya mampu bertindak dari sudut pelesenan agensi pelancongan, manakala TH mengawal selia PJH yang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=