E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 255 komitmen politik dan kelulusan Parlimen. Berkemungkinan MOTAC mungkin keberatan untuk melepaskan kawalan terhadap industri pelancongan berkaitan umrah. Begitu juga isu pentadbiran dan perjawatan yang memerlukan kepada penyelarasan kakitangan antara agensi. Sekiranya tidak diurus dengan baik perkara ini turut berisiko monopoli jika tidak disertai mekanisme semak imbang yang baik. b. Pembentukan Model Tadbir Urus Bersepadu Antara cadangan lain yang boleh dipertimbangkan ialah pembentukan Model Tadbir Urus Bersepadu yang berperanan menyatukan fungsi serta menyelaraskan bidang kuasa antara agensi terlibat. Dalam konteks ini, penyeragaman peranan MOTAC, TH dan JAWHAR perlu diberi perhatian, di mana MOTAC difokuskan kepada aspek pelesenan dan kawal selia, TH kepada kebajikan dan pengurusan ibadat, manakala JAWHAR sebagai penyelaras dasar di peringkat pusat dan negeri. Langkah ini akan mengurangkan pertindihan kuasa yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan jemaah dan pengusaha. Pada masa yang sama, mekanisme penguatkuasaan perlu diperkuat melalui kerjasama rentas agensi agar tiada “ruang kelabu” yang boleh dimanipulasi oleh ejen tidak sah. Penyelarasan dasar yang lebih seragam juga diperlukan, khususnya dalam isu penetapan harga minimum pakej, kawalan iklan, dan syarat kesihatan jemaah, yang jika diselaraskan di bawah jawatankuasa khas akan lebih berkesan melindungi kepentingan jemaah. Selain itu, pembinaan pangkalan data bersepadu membolehkan maklumat mengenai jemaah, agensi pelancongan dan PJH diselaraskan serta dipantau secara masa nyata, sekali gus meningkatkan ketelusan dan keberkesanan pemantauan. Bagi memperkukuh lagi perlindungan, garis panduan jelas tentang tanggungjawab terhadap kebajikan jemaah perlu digubal supaya peranan setiap agensi lebih tersusun dan mudah dirujuk sekiranya berlaku masalah. Keseluruhannya, model ini bukan sahaja dapat mempertingkat keberkesanan sistem pengurusan haji negara, tetapi juga mampu membina semula keyakinan masyarakat terhadap tadbir urus yang lebih telus, teratur dan bersepadu. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, JAWHAR, Tabung Haji (TH) dan MOTAC memainkan peranan tersendiri dalam pengurusan haji di Malaysia. JAWHAR berfungsi sebagai penyelaras dasar berkaitan hal ehwal haji, TH bertindak sebagai pelaksana utama operasi dan kebajikan jemaah, manakala MOTAC mengawal selia aspek pelesenan serta penguatkuasaan terhadap agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji dan umrah. Namun begitu, wujud keperluan mendesak untuk memperkukuh koordinasi melalui dua pilihan strategik, iaitu sama ada mewujudkan integrasi tadbir urus yang lebih jelas antara ketiga-tiga agensi, atau melaksanakan penyatuan akta (seperti Akta Tabung Haji 1995 dan Akta Industri Pelancongan 1992) bagi mengelakkan pertindihan fungsi. Kedua-dua pendekatan ini mampu memperjelas bidang kuasa, mengoptimumkan sumber dan memperkukuh keberkesanan kawal selia. Dalam jangka panjang, langkah penyelarasan ini akan membawa pelbagai manfaat termasuk peningkatan efisiensi pengurusan haji, jaminan kebajikan jemaah yang lebih baik, serta pengurangan konflik dan pertindihan kuasa. Secara tidak langsung, ia akan memperkukuh imej Malaysia sebagai sebuah negara dengan sistem pengurusan haji yang tersusun, telus dan berdaya saing. RUJUKAN 1. Agha Qader, Shkar Hama, Abdulmajid Obaid Hasan Saleh, and Mohamad Sabri B Zakaria, ‘Governance of the Malaysian Hajj Fund (Tabung Haji): A Descriptive and Analytical Study’, International Journal of Accounting, Finance and Business 4, no. 23 (2019), 42 – 56. 2. Ahmad Fauzi Abdul Hamid, “Hajj, Politics and State Policy in Malaysia,” Asian Journal of Social Science 44(1), 2016.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=