E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 252 B. MOTAC MOTAC mempunyai kuasa pengawalseliaan industri pelancongan melalui Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). Mana-mana syarikat pelancongan, termasuk yang menawarkan pakej haji/umrah, perlu berdaftar dan dilesenkan oleh MOTAC (Tourism Industry Act, 1992). Menerusi akta ini MOTAC pada tahun 28 Ogos 2014 telah menubuhkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) hasil daripada inisiatif Kerajaan. Majlis ini diketuai oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 serta dianggotai oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Luar Negeri (KLN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM), Lembaga Tabung Haji (TH), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera (BUMITRA). Fungsi majlis ini adalah tertakluk kepada urusan berikut: • Menetapkan mekanisme pengawalseliaan pengendalian pakej umrah. • Merancang pelaksanaan kempen kesedaran kepada orang awam. • Memantau status penguatkuasaan dan siasatan ke atas kes-kes penipuan secara bersepadu. • Memantau pelaksanaan prosedur operasi piawai (SOP) yang disediakan oleh MATTA dan BUMITRA terhadap pengendalian pakej umrah. • Memantau pelaksanaan standard perkhidmatan syarikat pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan dalam mengendalikan pakej umrah. Sebelum wujudnya MKSU, masalah utama yang sering berlaku ialah penipuan pakej umrah oleh syarikat tidak berlesen, harga yang tidak telus, serta isu kebajikan jemaah yang terabai di Tanah Suci. Ramai jemaah menjadi mangsa kerana tiada satu badan khusus yang menyelaras semua pihak berkepentingan. Justeru, MKSU ditubuhkan bagi menyatukan fungsi kawal selia yang sebelum ini terpisah antara Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Lembaga Tabung Haji, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN), Kementerian Luar Negeri serta agensi lain. Dengan wujudnya MKSU, pemantauan dapat dibuat secara lebih sistematik, dan jemaah umrah Malaysia lebih terlindung daripada risiko penipuan atau pengabaian. Berbeza dengan pengurusan haji, pengurusan umrah di bawah kendalian MOTAC dilihat lebih memfokuskan berhubung kawal selia dari sudut pengurusan untuk membanteras scam penipuan umrah. Namun tiada badan yang terlibat dari sudut pengurusan bimbingan serta penyelarasan hukum hakam. Jika dalam haji, hanya mereka yang mempunyai tauliah haji yang dibenarkan menyampaikan ilmu berhubung haji namun dalam industri umrah tiada sebarang akta yang mengikat perkara ini. Perkara ini disebabkan ia bukan di bawah seliaan pihak MOTAC dan bukan juga berada di bawah kepakarannya. Justeru kekosongan ini pengkaji melihat antara ruang yang perlu di tambah baik. C. JAWHAR JAWHAR ditubuhkan pada tahun 2004 di bawah Jabatan Perdana Menteri. Agensi ini bertujuan memperkukuh aspek dasar, penyelarasan, serta pemantauan hal ehwal berkaitan wakaf, zakat dan haji. Fungsi JAWHAR dalam konteks haji dan umrah adalah memberi nasihat dasar, menjalankan kajian berkaitan operasi haji, menerbitkan manual fiqh haji dan umrah, serta memantau operasi pusat pelepasan haji (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR 2021). Selain itu, JAWHAR turut melaksanakan program advokasi kepada masyarakat bagi mengelakkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=