E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 250 iaitu lebih memfokuskan sama ada aspek pengurusan TH, aspek undang-undang pelancongan di bawah MOTAC, atau sejarah peranan JAWHAR, tanpa meneliti isu pertindihan fungsi dan ketiadaan koordinasi secara holistic serta ruang kelompangan yang perlu ditutup bagi menangani permasalah- permasalahan tadbir urus yang berlaku. Oleh itu, wujud keperluan mendesak untuk kajian lanjut yang mengkaji secara kritis pertindihan peranan dan kelemahan tadbir urus pelbagai agensi dalam pengurusan haji dan umrah di Malaysia. Kajian ini penting bagi membentuk satu model tadbir urus bersepadu yang bukan sahaja mengelakkan kelompangan, malah dapat meningkatkan keberkesanan kawal selia, perlindungan jemaah serta kredibiliti Malaysia sebagai contoh pengurusan haji moden dan tersusun. SOROTAN LITERATUR Pengurusan haji di Malaysia merupakan satu model unik yang melibatkan pelbagai agensi dengan fungsi berbeza tetapi saling berkait. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) berperanan menyelaras dasar dan pemantauan agar selari dengan tuntutan syarak dan dasar kerajaan, di samping menjadi penasihat strategik dalam pembaharuan polisi (JAWHAR, 2022). Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pula bertanggungjawab mengawal selia pengendali umrah dan haji berlesen melalui Akta Industri Pelancongan 1992, di samping memastikan hak jemaah dilindungi daripada risiko penipuan (Aziz, 2021). Sementara itu, Lembaga Tabung Haji (TH) berfungsi sebagai institusi utama yang menguruskan simpanan, logistik, bimbingan serta kebajikan jemaah haji secara menyeluruh (Wan Kamal Mujani, 2015). Dari sudut tadbir urus, keberhasilan TH dikaitkan dengan amalan ketelusan, akauntabiliti dan pematuhan syariah dalam pengurusan dana (Agha Qader et al., 2019). Kolaborasi strategik TH dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pemeriksaan pra-haji serta hubungan formal dengan JAWHAR dan MOTAC memperlihatkan adanya rangka kerja tadbir urus pelbagai agensi (Malay Mail, 2025a; JAWHAR, 2017). Namun begitu, cabaran seperti pertindihan bidang kuasa, kelompangan undang- undang, serta tuntutan integriti menunjukkan bahawa keberkesanan tadbir urus haji masih boleh diperkukuh. Walaupun terdapat banyak kajian berfokus kepada fungsi individu JAWHAR, MOTAC dan Tabung Haji, masih kurang penelitian komprehensif yang membandingkan peranan ketiga-tiganya dalam kerangka tadbir urus pelbagai agensi. Kajian sedia ada lebih menekankan aspek pengurusan kewangan atau perlindungan pengguna secara terasing. Justeru, artikel ini cuba mengisi jurang tersebut dengan menganalisis secara perbandingan fungsi, cabaran dan interaksi JAWHAR, TH dan MOTAC. METODOLOGI Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen kerana ia sesuai untuk meneliti dasar, akta dan laporan institusi yang menjadi asas kepada tadbir urus haji. Kaedah ini membolehkan penyelidik menelusuri aspek perundangan dan dasar yang digariskan oleh pihak berautoriti secara mendalam serta menilai keberkesanannya dalam konteks praktis. Sumber data utama diperoleh daripada Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535], Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], serta dokumen rasmi kerajaan seperti laporan tahunan JAWHAR, TH dan MoTAC. Data sokongan dikumpulkan melalui temubual semi berstruktur, melibatkan mantan Ketua Setiausaha MoTAC, Datuk Rashidi bin Hasbullah (18 September 2025) beliau merupakan antara orang pertama yang terlibat dalam menguatkuasakan akta Majlis Kawal Selia Umrah. Pengkaji turut mengadakan kunjungan Hormat ke JAWHAR pada 26 September 2025 bertujuan bagi mendapatkan input tambahan berhubung peranan JAWHAR. Kajian ini turut meneliti penyelidikan akademik terdahulu sebagai triangulasi data untuk memperkukuh dapatan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=