E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 249 hal urusan bakal haji daripada sudut penawaran haji kepada jemaah, simpanan, pendaftaran, bimbingan serta kebajikan jemaah haji Malaysia berasaskan Akta Tabung Haji 1995. Walaubagaimanapun, pihak TH tidak terlibat dalam pengaturan pengurusan jemaah haji yang pergi menunaikan ibadat tersebut melalui kaedah kedua dan yang ketiga kerana ianya tidak berkait dengan kuota rasmi yang diperuntukkan. Namun pihak TH mempunyai kuasa dari sudut pengeluaran lesen pengelola jemaah haji (PJH) kepada mana-mana syarikat yang ingin menawarkan perkhidmatan haji di Malaysia. Berbeza dengan umrah, jika haji hanya fokus kepada musim tertentu iaitu pada bulan-bulan haji. Manakala umrah melibatkan pengurusan sepanjang tahun kecuali pada musim haji. Sekurang-kurang terdapat dua cara utama untuk mendapat permit yang sah bagi melaksanakan ibadat umrah dari pihak kerajaan arab Saudi iaitu sama ada melalui visa umrah atau visa pelancong. Justeru ia memerlukan tadbir urus yang bersifat berkesan dan sistematik. Dalam pengurusan jemaah umrah Malaysia, tumpuan pengurusan teralih kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). MOTAC melalui Akta Industri Pelancongan 1992 mempunyai mandat bagi urusan mengawal selia agensi pelancongan, termasuk syarikat yang menawarkan pakej umrah dan ziarah melalui Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU). MOTAC juga telah melancarkan syarat Lesen Khas Umrah (LKU) secara rasmi pada, 03 Oktober 2017 yang mula berkuat kuasa ke atas semua agensi pelancongan yang menjual dan mengendalikan pakej Umrah/Ziarah . Justeru mana-mana pihak yang menawarkan pakej umrah tanpa mempunyai lesen yang sah boleh dikenakan tindakan undang-undang. Namun begitu ruang dan bidang kuasa MOTAC hanya terhad dari sudut penguatkuasaan undang berdasarkan syarat-syarat yang diletakkan, pihak MOTAC tidak terlibat terhadap isu-isu lain dari sudut pengurusan umrah seperti penyelarasan hukum-hakam umrah, bimbingan mahupun kewangan. Pada masa yang sama, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pula berfungsi sebagai agensi penyelaras dasar, penyelidikan dan teknikal yang memberi input berkaitan pembangunan haji dan umrah kepada kerajaan. JAWHAR secara am nya tidak terlibat secara langsung di lapangan dari sudut penguatkuasaan dalam lapangan haji dan umrah, sebaliknya bertindak sebagai penyelaras dasar dan bersifat advokasi dalam memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu-isu semasa yang berlaku dalam industri haji dan umrah kepada masyarakat. Dari segi praktikal, wujud pertindihan fungsi antara ketiga-tiga institusi tersebut khususnya dalam aspek kawal selia pakej haji dan umrah swasta. Misalnya, pakej haji furada dan umrah ditawarkan oleh agensi pelancongan berlesen di bawah MOTAC, tetapi kandungan ibadah dan aspek syariah sering dikaitkan dengan panduan JAWHAR atau JAKIM, manakala perlindungan pengguna serta pengurusan persepsi masyarakat tetap ditujukan kepada TH sebagai institusi berautoriti dalam urusan haji. Pertindihan ini menyebabkan masyarakat awam keliru dalam menentukan agensi mana yang bertanggungjawab apabila berlaku penyelewengan atau kecuaian. Selain itu, pertindihan ini juga memberi ruang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap kelompangan yang wujud dalam pengurusan haji dan umrah bagi jemaah Malaysia. Selain itu, tiada model tadbir urus bersepadu yang menyatukan peranan ketiga-tiga agensi berkenaan. Hal ini mewujudkan kelompangan tadbir urus (governance lacuna) dalam pengurusan haji dan umrah, contohnya apabila timbul aduan terhadap agensi swasta, proses rujukan silang antara MOTAC (lesen), JAWHAR/JAKIM (aspek syariah) dan TH (autoriti haji) menjadi kabur dan berlapis. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keberkesanan perlindungan pengguna, bahkan boleh menurunkan tahap kepercayaan masyarakat terhadap sistem pengurusan haji dan umrah negara. Kekaburan fungsi dan kelemahan koordinasi ini juga telah dibangkitkan dalam beberapa kajian akademik, termasuk kajian mengenai perlindungan undang-undang jemaah umrah yang menunjukkan adanya jurang (lacunae) dalam kerangka perundangan sedia ada (Norazlina Abdul Aziz, 2021), serta kajian perbandingan pengurusan institusi haji yang menegaskan kepentingan struktur tadbir urus jelas dan bersepadu (Agha Qader et al., 2019). Walau bagaimanapun, kajian sedia ada masih bersifat terpisah,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=