E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 248 pendaftaran, bimbingan, pengurusan kewangan, logistik dan kebajikan jemaah di Tanah Suci (Nik Norzrul Thani et al., 2018). Sementara itu, MOTAC melalui kuasa yang diperuntukkan oleh Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], mengawal selia aspek pelesenan dan penguatkuasaan agensi pelancongan yang turut menawarkan pakej haji dan umrah swasta (MOTAC, 2020). Walaupun pembahagian peranan ini pada asasnya memperlihatkan struktur tadbir urus yang jelas, namun terdapat isu pertindihan bidang kuasa, khususnya berkaitan kawal selia pakej haji dan umrah swasta (Ahmad Fauzi Abdul Hamid, 2016). Pertindihan ini menimbulkan cabaran dari segi koordinasi dan kecekapan tadbir urus, sekali gus menuntut suatu pendekatan kerjasama bersepadu antara agensi. Dalam konteks inilah, konsep integrated governance atau tadbir urus bersepadu menjadi semakin relevan, agar pengurusan haji di Malaysia dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, berfokus kepada kebajikan jemaah serta lebih menyeluruh. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan meneliti model tadbir urus pengurusan haji di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada tiga institusi utama, iaitu JAWHAR, TH dan MOTAC. Kajian ini akan menilai bidang kuasa, fungsi dan mekanisme pelaksanaan setiap agensi, seterusnya menganalisis isu pertindihan dan potensi kerjasama antara agensi melalui pendekatan tadbir urus bersepadu. PERNYATAANMASALAH Haji merupakan rukun Islam yang kelima. Manakala umrah pula walaupun ia tidak dikategorikan sebagai salah satu rukun Islam ia tetap dituntut dan wajib dilaksanakan. Kedua-dua ibadat ini menjadi wajib apabila seseorang memenuhi syarat wajib menunaikannya iaitu Islam, baligh, berakal, merdeka dan mampu (istita’ah). Syarat utama dari sudut pengurusan untuk menunaikan ibadat haji pada masa kini pula adalah memperolehi visa haji yang sah dari pihak kerajaan Arab Saudi. Ketiadaan visa haji boleh menyebabkan seseorang dikenakan tindakan undang-undang dan didenda oleh kerajaan Arab Saudi. Manakala hak mengeluarkan visa adalah milik penuh kerajaan Arab Saudi sebagai pihak yang bertanggungjawab mengurus dua tanah haram. Pada tahun 2025 musim haji 1446H, direkodkan terdapat 269,678 individu yang tidak mempunyai permit haji sah dan dihalang memasuki kota Makkah. Direkodkan juga terdapat 63 orang rakyat Malaysia yang diusir ke Jeddah kerana tidak mempunyai visa haji yang sah. Berdasarkan realiti semasa berhubung pelaksanaan ibadat haji dalam kalangan rakyat Malaysia, terdapat beberapa cara bagi seseorang untuk memiliki visa haji. Pertama melalui kuota rasmi yang diperuntukkan oleh kerajaan Arab Saudi. Kedua melalui visa mujamalah atau visa furada iaitu visa sah yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan kerajaan Arab Saudi di Malaysia. Ketiga rakyat Malaysia yang bermustautin di negara luar seperti urusan belajar, berkerja dan sebagainya yang menggunakan kuota visa dari negara terserbut. Bagi kaedah pertama iaitu kuota rasmi Negara, setiap tahun, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota tertentu bagi setiap negara untuk melaksanakan ibadat tersebut. Pengehadan kuota ini adalah berdasarkan keterbatasan fasiliti dan logistic serta peningkatan kecekapan pengurusan dalam pengelolalan jemaah haji seluruh dunia. Pada dasarnya kerajaan Arab Saudi meletakkan nisbah bagi setiap 1000 muslim = 1 jemaah haji. Justeru setiap negara Islam diperuntukkan dengan kadar 0.1% dari populasi penduduk sebuah negara. Namun begitu, kaedah sebenar pengagihan turut boleh dipengaruhi oleh perjanjian dua hala (bilateral), kapasiti penginapan, kesihatan awam, dasar keselamatan, dan isu logistik lain. Bagi musim haji 2025/1446H, data menunjukkan jumlah keseluruhan jemaah (dalaman Saudi + luar negara) sekitar 1,673,230 orang (166,654 dalaman + 1,506,576 luar negara) dan kuota rasmi yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia adalah 1% dari populasi penduduk d Malaysia iaitu sebanyak 31 600 kuota yang diperuntukkan. Berdasarkan penerimaan kuota rasmi Malaysia, Lembaga Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan institusi yang paling dominan dan memegang mandat utama sebagai badan berkanun yang menguruskan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=