E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 247 PENGRUSAN HAJI & UMRAH DI MALYSIA DALAM PERSPEKTIF TADBIR URUS PELBAGAI AGENSI: KAJIAN PERBANDINGAN TABUNG HAJI, MOTAC DAN JAWHAR Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar ( Co r r e s p o n d i n g a u t h o r ) & Muhammad Abu al-Laith Mohd Nizamuddin Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur; Fa Izin International Travel & Tours Sdn. Bhd, Kuala Lumpur Emel : syedjeffri89@um.edu.my, ABSTRAK Pengurusan haji dan umrah di Malaysia melibatkan pelbagai institusi yang mempunyai peranan dan bidang kuasa tersendiri, khususnya Lembaga Tabung Haji (TH), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Artikel ini bertujuan meneliti model tadbir urus pengurusan haji dan umrah di Malaysia melalui analisis komparatif terhadap fungsi, bidang kuasa dan mekanisme pelaksanaan tiga institusi utama tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan meneliti dokumen rasmi, akta perundangan serta laporan tahunan berkaitan haji, selain rujukan sekunder daripada kajian akademik terdahulu. Dapatan menunjukkan bahawa walaupun JAWHAR lebih berperanan dalam aspek dasar dan penyelarasan, Tabung Haji bertindak sebagai agensi pelaksana operasi haji, manakala MOTAC mengawal selia aspek pelesenan dan penguatkuasaan agensi pelancongan. Walau bagaimanapun, wujud ruang pertindihan fungsi terutama dalam isu kawal selia pakej haji dan umrah swasta yang menuntut koordinasi lebih bersepadu. Keadaan ini memberi implikasi kelompangan dalam tadbir urus dan perkhidmatan kepada jemaah. Artikel ini mencadangkan dua cadangan penambahbaikkan samaada penyatuan akta di bawah satu agensi atau model kerjasama antara agensi melalui pendekatan tadbir urus bersepadu (integrated governance) agar keberkesanan pengurusan haji dan umrah dapat dipertingkat, sekaligus menjamin kebajikan jemaah haji Malaysia. Kata kunci: Haji, Tabung Haji, JAWHAR, MOTAC, tadbir urus, pertindihan kuasa. PENGENALAN Pengurusan ibadah haji merupakan suatu aspek penting dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia. Hal ini kerana haji bukan sekadar ibadah individu, bahkan ia melibatkan operasi berskala besar yang merangkumi aspek logistik, bimbingan, kewangan, kebajikan, serta pengawalan agensi pelancongan. Sejak penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji pada tahun 1963, Malaysia telah menonjol sebagai antara negara yang mempunyai sistem pengurusan haji yang tersusun dan sistematik (Wan Kamal Mujani, 2015). Walau bagaimanapun, ekosistem pengurusan haji dan umrah di Malaysia tidak hanya tertumpu kepada Lembaga Tabung Haji (TH), bahkan turut melibatkan agensi lain seperti Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). JAWHAR yang ditubuhkan pada tahun 2004 berperanan dalammenyelaras dasar berkaitan wakaf, zakat dan haji di peringkat nasional, termasuk menyelaras pelaksanaan dasar pengurusan haji yang melibatkan negeri-negeri (JAWHAR, 2010). TH pula, sebagai agensi yang berlandaskan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 [Akta 535], berperanan utama dalam pelaksanaan operasi haji, merangkumi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=