E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

M MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 243 Jadual 1: Fiqh Solat Selepas Tawaf Menurut Empat Mazhab Kesimpulannya, perbezaan bacaan wa- ittakhidhū dan wa- ittakhadhū menampilkan dua sisi penting iaitu bacaan khabar menekankan dimensi sejarah pensyariatan, manakala bacaan amr mengikat tuntutan syarʿi. Kedua- duanya merupakan qirāʾāt mutawātirah yang sahih, saling melengkapi serta menjadi asas perbezaan hukum mazhab tentang status solat selepas tawaf, sama ada wajib dengan dam atau sunnah muʾakkadah . Lafaz Ibrāhim (ِ إبحَََرِهۧـَم ) / Ibrāhām (ِ إبحَََرَََهـَم ) Riwayat qirāʾāt menunjukkan adanya perbezaan penyebutan nama Nabi Ibrāhīm dalam al - Qurʾān. Ibn ʿĀmir membaca dengan bentuk Ibrāhām (dengan alif selepas huruf hāʾ) pada 33 tempat dalam al - Qurʾān, termasuk 15 kali dalam Surah al-Baqarah dan selebihnya dalam surah-surah seperti al- Nisāʾ, al - Anʿām, al- Tawbah, Ibrāhīm, al - Naḥl, Maryam, al - ʿAnkabūt, al - Shūrā, al - Dhāriyāt, al -Najm, al- Ḥadīd , dan al- Mumtaḥanah. Perawi beliau, Ibn Dhakwān, turut meriwayatkan bacaan ini di samping mengekalkan bentuk lazim Ibrāhīm . Sementara itu, sembilan qurraʾ mutawātirah yang lain iaitu Nāfiʿ, Ibn Kathīr, Abū ʿAmr, ʿĀṣim, Ḥamzah, al - Kisāʾī, Abū Jaʿfar, Yaʿqūb, dan Khalaf, semuanya membaca dengan bentuk Ibrāhīm (kasrah pada hāʾ dan dengan yāʾ selepasnya), yang menjadi bacaan majoriti dalam tradisi Islam (Sharaf, 2004).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=