E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
M MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 242 dihuraikan dalam al-Mudawwanah al- Kubrā yang menyebut kewajipan tersebut sebagai sebahagian daripada manāsik haji dan umrah (Mālik ibn Anas, n.d./1323H). Jika solat ini ditinggalkan, dam dikenakan sebagai ganti. Ibn al- ʿArabī (2003) dalam Aḥkām al - Qurʾān turut menegaskan bahawa meninggalkan solat ini mewajibkan dam. Dari sudut lokasi, ImāmMālik menilai solat tawaf sebagai makruh dilakukan di dalam Ḥijr Ismāʿīl; menurutnya, sesiapa yang melakukannya di situ perlu mengulangi tawaf dan saʿi jika masih di Mekah, atau membayar dam jika sudah pulang. Pandangan ini bagaimanapun dikritik oleh Ibn al- Mundhir kerana tiada hujah yang kuat (al- Nawawī, 1994). Tambahan pula, ImāmMālik tidak mensyaratkan solat ini mesti dilakukan serta-merta selepas tawaf; jika dilewatkan hingga pulang ke negerinya, ia masih sah. Namun, bagi tawaf fardu, dam diwajibkan jika solat ini ditinggalkan sepenuhnya. Huraian fuqahāʾ Mālikiyyah seperti al - Qarāfī dalam al- Dhakhīrah dan al- Ḥaṭṭāb dalam Mawāhib al - Jalīl turut menegaskan bahawa solat tawaf tergolong dalam wājibāt haji yang tidak membatalkan tawaf, tetapi menuntut dam sebagai gantinya (al- Qarāfī, 1994; al - Ḥaṭṭāb, 1992). Mazhab Ḥanbalī pula menilai solat dua rakaat tawaf sebagai sunnah muʾakkadah. Yang lebih utama adalah menunaikannya di belakang maqām, namun ia tetap sah dilakukan di mana -mana bahagian Masjid al- Ḥarām atau di luar masjid. Sebahagian riwayat Hanabilah tur ut menyebut bahawa solat fardu atau solat sunat rawātib boleh menggantikannya (al - Nawawī, 1994). Al - Bahūtī dalam Kashshāf al - Qināʿ menegaskan bahawa pensyariatan ini bersifat fleksibel, bahkan beliau meriwayatkan athar bahawa ʿUmar ibn al - Khaṭṭāb pernah menunaikan solat tawaf di Dhū Ṭuwā, bukan tepat di belakang maqām, tanpa dikenakan sebarang kewajipan kerana meninggalkan lokasi tersebut (al- Bahūtī, n.d.; Islamweb, n.d.). Pandangan mazhab Syāfiʿī menilai solat dua rakaat tawaf sebagai sunnah muʾakkadah, meskipun sebahagian ulama Syāfiʿiyyah mewajibkannya. Menurut al - Nawawī (1994), solat ini sah ditunaikan bukan sahaja di belakang maqām, tetapi juga di dalam Ḥijr Ismāʿīl, di mana-mana bahagian Masjid al- Ḥarām, seluruh Tanah Haram, bahkan selepas seseorang pulang ke negeri asalnya. Ia tidak dianggap sebagai syarat sah tawaf atau rukunnya, dan tidak mewajibkan dam jika dilewatkan, meskipun terdapat ulama Syāfiʿiyyah yang berpendapat dam disunatkan sebagai langkah berjaga- jaga (ihtiyāṭ) Al - Nawawī (1994) turut menegaskan keistimewaan solat ini kerana ia boleh diwakilkan dalam konteks haji badal. Ia boleh dilakukan selepas setiap tujuh pusingan tawaf atau dihimpunkan selepas beberapa kali tawaf, meskipun yang lebih utama ialah menunaikannya segera selepas setiap tawaf. Jadual 1 merumuskan dapatan fiqh mengenai solat selepas tawaf di Maqām Ibrāhīm menurut empat mazhab utama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=