E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

M MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 241 Prosedur analisis dilaksanakan melalui empat langkah utama yang saling berkait. Pertama, pemetaan bacaan dengan mengenal pasti lafaz, varian qirāʾāt, dan perawi, diikuti tawjīh al - qirāʾāt melalui penghujahan linguistik dan dalil syarʿi. Kedua, varian bacaan dipadankan dengan rasm ʿUthmānī bagi menilai keserasian antara tulisan mushaf dengan riwayat bacaan. Ketiga, dilakukan pemetaan istidlāl fiqh merentasi empat mazhab untuk menelusuri implikasi perbezaan bacaan terhadap hukum, termasuk kedudukan ibadah sebagai wajib, sunat, atau rukun. Keempat, dapatan disintesiskan bagi menonjolkan implikasi qirāʾāt terhadap fiqh manāsik serta penghayatan ibadah haji dan umrah dalam konteks kontemporari, sekali gus menunjukkan kesinambungan tradisi keilmuan Islam dengan penghayatan syariat dalam kehidupan moden umat Islam. ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN Firman Allah Taala pada ayat 125 surah al-Baqarah: وَٱتذُِواْ مِن مقَامِ إِبحَََرهِـۧمَ مُصَلى Maksudnya: “…dan (jadikanlah) Maqām Ibrāhīm sebagai tempat solat.” Para ulama qirāʾat berbeza pandangan mengenai cara membaca lafaz wa- ittakhadhū dan Ibrāhīm . Perbezaan bacaan pada lafaz- lafaz ini termasuk dalam kategori qirāʾāt mutawātirah. Lafaz wa- ittakhidhū (َ وٱتُِذوْا ) / wa- ittakhadhū (َ وٱتَُذوْا ) Nāfiʿ dan Ibn ʿĀmir membaca dengan fatḥah pada huruf khāʾ ( wa- ittakhadhū ), menjadikannya dalam bentuk khabar yang menggambarkan bahawa umat terdahulu telah menjadikan Maqām Ibrāhīm sebagai tempat solat (Abū ʿAlī al - Fārisī, 1990; Sharaf, 2004). Bacaan ini menekankan dimensi sejarah pensyariatan. Sebaliknya, jumhūr qurrāʾ mutawātirah yang lain iaitu Ibn Kathīr, Abū ʿAmr, ʿĀṣim, Ḥamzah, al - Kisāʾī, Abū Jaʿfar, Yaʿqūb, dan Khalaf membaca dengan kasrah ( wa- ittakhidhū ) dalam bentuk amr , iaitu perintah Allah agar menjadikan Maqām Ibrāhīm sebagai tempat solat. Riwayat daripada ʿUmar r.a. bahawa beliau mencadangkan maqām dijadikan tempat solat lalu ayat ini diturunkan sebagai persetujuan ilahi menjadi hujah yang kuat bagi bacaan ini (al- Ṭabarī, 2001). Ibn Khalawayh (2000) pula menegaskan bahawa kedua - dua bacaan tersebut saling melengkapi: Allah memerintahkan, umat melaksanakannya, kemudian perbuatan itu dipuji dan diabadikan dalam bacaan al- Qurʾān. Justeru, perbezaan qirāʾāt ini membuka keluasan tafsir dengan menggabungkan aspek deskriptif (sejarah) dan normatif (hukum). Dari perspektif sejarah, maqām ialah batu dengan bekas tapak kaki Nabi Ibrāhīm ketika membina Kaabah (al- Ṭabarī, 2001; Ibn Kathīr, 1997). Maqām Ibrāhīm asalnya berada rapat dengan Kaabah sebelum dipindahkan sedikit ke belakang oleh ijtihad ʿUmar ibn al -Kha ṭṭāb demi memberi ruang kepada jemaah. Keputusan ini diterima secara ijmak para sahabat kerana mendahulukan maṣlaḥah umum tanpa menjejaskan fungsi maqām (Ibn Kathīr, 1997). Dari sudut fiqh, para fuqahāʾ bersepakat bahawa solat dua rakaat selepas tawaf di Maqām Ibrāhīm adalah disyariatkan, namun mereka berbeza pada status hukum dan pelaksanaannya. Mazhab Ḥanafī menegaskan ia wājib, berdasarkan perintah al - Qurʾān dan perbuatan Nabi SAW yang konsisten melaksanakannya. Oleh itu, sesiapa yang meninggalkannya dianggap meninggalkan wājib manāsik dan dikenakan dam sebagai gantian. Al- Kāsānī dalam Badāʾiʿ al - Ṣanāʾiʿ menyatakan: “Siapa yang meninggalkan dua rakaat tawaf, maka ia mesti menyembelih dam, kerana ia adalah wājib yang ditetapkan oleh nas” (2003, 2/131). Al - Marghīnānī (2000) dalam al- Hidāyah turut menegaskan perkara yang sama. Dari segi lokasi, Ḥanafī membenarkan ia dilakukan di mana-mana bahagian Masjid al- Ḥarām jika berlaku kesesakan, namun ia tidak boleh digantikan dengan solat fardu (IslamOnline, n.d.). Mazhab Mālikī pula mewajibkannya bagi tawaf fardu dan menilainya sunat bagi tawaf sunat. Hal ini

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=