E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
M MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 240 196 berkaitan hukum menunaikan umrah: وَأ تُِمواْ ٱ حَلجۡ وَٱلح عُ حََمرة لِهِِ Bacaan mutawātir menempatkan lafaz al- ʿumrah dalam keadaan naṣb sebagai mafʿūl bih , sekali gus mengisyaratkan kewajipan umrah. Pendapat ini dipegang oleh mazhab al- Shāfiʿī dan Ḥanbalī, disokong oleh hadis sahih yang menegaskan penyatuan haji dan umrah sehingga hari kiamat. Sebaliknya, bacaan shādhdhah yang menempatkan lafaz tersebut dal am keadaan rafʿ sebagai mubtadaʾ membawa implikasi hukum bahawa umrah adalah sunat. Mazhab Ḥanafī dan Mālikī menerima bacaan ini sebagai hujah setaraf hadis āḥād, lalu berhujah bahawa ibadah umrah tidak mencapai darjat kefarduan (Jifrih, 2025). Pendekatan ini menunjukkan bahawa meskipun q irāʾāt shādhdhah tidak boleh dibaca dalam solat, ia tetap memainkan peranan dalam menghasilkan perbezaan ijtihad fiqh, khususnya dalam isu hukum ibadah. Isu yang sama turut terlihat dalam perbahasan mengenai saʿie antara Ṣafā dan Marwah sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 158: حَعَليِه ه ِبِهَما َيطوَف َأن ُ َجَناَح َفَل (Maksudnya: maka tiadalah menjadi dosa baginya mengerjakan saʿie antara keduanya). Ulama berbeza pendapat tentang kedudukan saʿie, sama ada ia merupakan rukun, wajib, atau sekadar sunat dalam ibadah haji. Mazhab Mālikī, al - Shāfiʿī dan sebahagian riwayat Ḥanbalī berpegang bahawa saʿie adalah rukun, manakala mazhab Ḥanafī menegaskan ia wajib dan meninggalkannya mewajibkan dam. Namun, terdapat bacaan shādhdhah daripada Ibn Masʿūd dan Ubayy ibn Kaʿb: “ يطوف لا أن عليه جناح فلً بهما ” (Maksudnya: maka tiadalah menjadi dosa baginya jika tidak bersaʿie antara keduanya). Bacaan ini memberi makna bahawa meninggalkan saʿie tidak mendatangkan dosa. Walaupun shādhdhah, ia dijadikan hujah oleh sebahagian fuqahāʾ untuk menyokong pandangan bahawa saʿie hanyalah amalan sunat. Ayat seterusnya, َ حيۡا عِليم َشاِكر ٱَلِ َفِإن َ خ َتَطوَع َوَمن (dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui), turut menguatkan tafsiran bahawa saʿie boleh difahami sebagai ibadah tathawwuʿ (Yusri, 2021). Sorotan ini memperlihatkan bahawa kepelbagaian qirāʾāt, sama ada mutawātir atau shādhdhah, telah membentuk keluasan tafsir dan fiqh ibadah haji serta umrah. Perbezaan bacaan memberi kesan langsung terhadap kedudukan hukum seperti wajib, rukun, atau sunat, sekali gus menegaskan kedudukan qirāʾāt sebagai sumber penting dalam perbahasan syariat. METODOLOGI Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis kualitatif berasaskan teks dengan pendekatan kepustakaan. Sumber primer merangkumi karya tafsir autoritatif seperti Jāmiʿ al - Bayān oleh al- Ṭabarī, Tafsīr Ibn Kathīr oleh Ibn Kathīr, dan al- Taḥrīr wa al - Tanwīr oleh Ibn ʿĀshūr (1984), di samping teks fiqh empat mazhab seperti Badāʾiʿ al - Ṣanāʾiʿ , al- Hidāyah , al-Mudawwanah al- Kubrā , al- Dhakhīrah , Mawāhib al - Jalīl , al- Idāḥ fī manāsik al - ḥajj , serta Kashshāf al - Qināʿ . Rujukan dalam bidang qirāʾāt pula melibatkan karya klasik seperti al- Ḥujjah oleh Abū ʿAlī al - Fārisī dan al- Ḥujjah fī al - qirāʾāt al - sabʿ oleh Ibn Khalawayh, di samping rujukan kontemporari seperti Mushaf Dār al - Ṣaḥābah fī al - qirāʾāt al - ʿashr al - mutawātirah min ṭarīq al - Shāṭibiyyah wa -al-Durrah oleh Sharaf. Skop kajian tertumpu pada dua kalimah dalam Surah al-Baqarah ayat 125, iaitu wa- ittakhidhū/wa - ittakhadhū dan Ibrāhīm/Ibrāhām , yang kesemuanya tergolong dalam qirāʾāt mutawātirah dan diklasifikasikan sebagai farsh al- ḥurūf (perbezaan bacaan pada lafaz tertentu). Perbahasan tentang qirāʾāt shādhdhah hanya disentuh secara ringkas pada tahap sorotan literatur, manakala aspek uṣūl al - qirāʾāt seperti imālah, madd, dan idghām tidak menjadi fokus kajian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=