E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

M MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 239 al- ʿashr. Kesimpulannya, qirāʾāt sahih yang menepati kaedah bahasa Arab, selari dengan rasm ʿUthmānī, serta memiliki sanad mutawātir telah disaring sehingga terbatas kepada sepuluh mutawātirah. Keutuhan sistem ini memastikan qirāʾāt kekal sebagai sumber autoritatif dalam tafsir dan fiqh. Kedudukan Qirāʾāt Dalam Tafsir Kajian qirāʾāt sentiasa mendapat perhatian para ulama kerana kedudukannya yang signifikan dalam memelihara keaslian al- Qurʾān serta memperkaya dimensi maknanya. Secara umum, sarjana membahagikan kepelbagaian bacaan kepada dua kategori. Pertama, bacaan yang tidak memberi kesan terhadap tafsir dan kedua, bacaan yang berimplikasi langsung terhadap tafsir. Ibn ʿĀshūr (1984) dalam al- Taḥrīr wa al - Tanwīr menegaskan bahawa terdapat qirāʾāt yang hanya bersifat fonetik, seperti kadar madd dan qaṣr , imālah , tas- hīl atau taḥqīq al -hamzah , jahr dan hams , serta ghunnah . Variasi ini berfungsi sebagai mekanisme pemeliharaan makhārij al - ḥurūf dan sifat-sifatnya, di samping mencerminkan kepelbagaian lahjah Arab yang diiktiraf periwayatannya. Walaupun berbeza dari sudut iʿrāb atau sebutan, ia tidak mengubah makna asas ayat. Contohnya, pada bacaan ʿadhābī (َ عَذاِب ) yang dibaca dengan sukūn pada yāʾ ( ʿadhābī ) atau dengan fathah pada yāʾ ( ʿadhābiyā ), serta bacaan “ الىرسوُل يقوُل/يقوَل ّىت َ ح ” (al -Baqarah: 214) sama ada dengan fathah pada lām ( yaqūla ) atau dengan ḍammah ( yaqūlu ). Dalam kerangka ini, qirāʾāt lebih berfungsi sebagai warisan linguistik dan instrumen didaktik bagi mendidik umat dalam penguasaan bacaan al- Qurʾān. Sebaliknya, terdapat juga perbezaan qirāʾāt yang memberi kesan langsung terhadap tafsir kerana melibatkan perubahan huruf atau harakat yang membawa perbezaan makna. Ibn ʿĀshūr (1984) menjelaskan bahawa bentuk perbezaan ini menghasilkan taʿaddud al - maʿānī (keluasan makna) dalam satu ayat, seolah-olah menggantikan kepelbagaian lafaz. Antara contoh utama ialah bacaan ( māliki/maliki ) “َ مِلك/َمِلك ” (al - Fātiḥah: 4), ( nunshizuhā/nunshiruhā ) “ ننِشزها/ننِشرها ” (al -Baqarah: 259), dan ( yaṣuddūna/yaṣiddūna ) “َ يِصدىون/َيُصدىون ” (al- Zukhruf: 57), yang masing-masing memperlihatkan dimensi semantik berbeza. Perbezaan ini juga mempunyai implikasi hukum, seperti bacaan ( ḥattā yaṭhurna/ yaṭṭahharna ) “َ ىت ّيطَهْرَن/َيْطُهْرَن َ ح ” (al - Baqarah: 222) dalam perbahasan hukum kesucian wanita, serta bacaan ( lāmstum/ lamastum ) “ لمستم/لامستم ” (al- Nisāʾ: 43) yang menjadi asas perbahasan isu hadas. Bazmul (1996) menekankan tiga prinsip asas dalam memahami kedudukan qirāʾāt sahih dalam tafsir. Pertama, perbezaan qirāʾāt bukanlah pertentangan, sebaliknya keragaman makna yang memperkayakan tafsir. Kedua, penyandaran qirāʾāt kepada imam hanya bermaksud n isbah periwayatan, bukan hasil ijtihad peribadi mereka. Ketiga, semua qirāʾāt yang sahih adalah sama -sama kalam Allah, tidak ada yang lebih utama daripada yang lain, dan masing-masing tetap membawa makna al- Qurʾān. Sorotan ini membuktikan bahawa qirāʾāt bukan sekadar variasi bacaan, tetapi menjadi instrumen penting dalam mengekalkan keaslian al- Qurʾān, memperluas ruang tafsir, dan memberikan implikasi hukum yang mendalam. Implikasi Qirāʾāt terhadap Kefahaman Syariat Haji dan Umrah Perbahasan mengenai implikasi qirāʾāt terhadap kefahaman syariat haji merupakan satu dimensi penting dalam disiplin tafsir dan fiqh. Qirāʾāt bukan sahaja berperanan sebagai variasi bacaan al - Qurʾān yang diiktiraf, tetapi turut mempengaruhi proses istinbāṭ hukum. Ulama sepakat bahawa qirāʾāt mutawātirah menjadi dalil qatʿī yang sah dijadikan sandaran hukum, manakala status penghujahan qirāʾāt shādhdhah masih diperdebatkan dalam kalangan fuqahāʾ dan usūliyyīn (Ismāʿīl, 1999; al -Qudah, Shukri, & Mansur, 2001). Akmal Hakim Jifrih (2025) meneliti isu ini melalui analisis qirāʾāt shādhdhah pada Surah al -Baqarah ayat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=